Kebenaran Separuh

Kebenaran Separuh

Kamu semua masih ingat tak cerita saya mengenai isu Durian Raub di mana saya kata pekebun sana ada kebenaran separuh?

Sekarang ada Exco Selangor memberi jawapannya yang situasi kebenaran separuh memang berlaku.

“Saya ingin jelaskan, kilang tanpa kebenaran adalah kilang yang ada lesen perniagaan sementara tetapi belum memenuhi syarat teknikal seperti status tanah, pengezonan atau kebenaran merancang.

“Mereka bukan kilang yang menjalankan aktiviti haram.” – Ng Sze Han. (1)

Baca betul-betul.

Ada LESEN PERNIAGAAN tapi tak memenuhi syarat teknikal.

Tapi Exco ini tak begitu jujur ataupun sengaja tak nak faham apa sebenarnya yang terkandung dalam lesen perniagaan.

Lesen perniagaan itu adanya klausa di mana sekiranya kamu melanggar syarat teknikal keperluan kerajaan ataupun melakukan aktiviti haram (membuang sisa ke dalam sungai misalnya), lesen itu boleh dibatalkan.

Sudah 12 tahun Pakatan menguasai kerajaan Selangor.

Kalau Pakatan nak bagi alasan bahawa kilang-kilang tu ada lesen perniagaan, maknanya kerajaan Selangor melalui PBT yang memberi lesen itu SETIAP TAHUN dan tidak mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang sudah dikenalpasti sejak zaman BN.

Dan di sini Exco Selangor itu sendiri mengaku bahawa: “… daripada 869 kilang tanpa kebenaran di sekitar sungai, sebahagian besarnya terletak di hilir sungai atau selepas muka sauk loji rawatan air (LRA).”

Jadi secara langsung teori BODOH mengenai SABOTAJ itu didedahkan sebagai tidak benar.

Kalau kerajaan benarkan kilang beroperasi tepi sungai dan kamu hanya perlu SATU kilang buat benda bodoh saja, mestilah ada isu pencemaran sungai.

Jadi isu pencemaran sungai ini sebenarnya isu kecekapan pengurusan kerajaan dan bukannya sabotaj.

Dan Exco Pakatan ni tak tahu malu kerana bagi jawapan sebegini.

1. 5,589 kilang dikesan beroperasi tanpa kebenaran, tapi bukan haram – Exco Selangor – https://www.astroawani.com/…/5589-kilang-dikesan…

Mak Khuin Weng – マ ク

Isu Semasa