Kalau anda mencadang dan menyokong Undi Percaya Dan mengundi apa yang anda cadangkan tetapi akhirnya kalah, tiada siapa yang pertikaikan.
Kerana itu adalah ketentuan yang ditetapkan dan kita semua akan perhebatkan hubungan sesama kita.
kalau anda mencadang dan anda menyokong Undi Percaya tapi anda bertindak untuk tidak mengundi apa yang anda cadangkan, ia hanya menampakkan pengkhianatan dan penipuan kelas pertama kepada rakan-rakan anda sendiri.
There is no two ways about it.
Maka saya rasakan anda adalah kawan yang langsung tidak boleh dipercayai.
Sekadar itu apa yang saya boleh nyatakan.
Seburuk-buruk PAS di mata anda kerana dakwaan bermain di dua kolam, sekurang-kurangnya itu lah yang PAS nyatakan dari ketika perubahan kerajaan sehingga sekarang.
Tidak berselindung dan tiada apa yang dirahsiakan.
Namun kami akan cuba juga menyatukan parti-parti Melayu Islam ini selagi boleh.
Sehingga satu keputusan lain yang ditentukan oleh Allah SWT.
Dr. Mazri Yahya