Petang tadi ada sidang media Tun M dan Ku Li, semua orang tahu, dan ramai juga yang mendengarnya.
Apa yang Tun M dan Ku Li nak sampaikan tadi?
Ada 4 perkara iaitu:
1. Kemungkinan Kerajaan Perikatan Nasional akan jatuh esok.
Ini mungkin terjadi sebab Pakatan Harapan pun dah gesa ahli parlimen untuk tolak belanjawan esok.
Dan, sehari dua ini pula ada ura-ura dan khabar angin terdapat ahli Parlimen BN akan sokong Anwar.
Dan, berita yang selalu ada, Anwar ada numbers.
2. Jika Kerajaan PN jatuh, Tun M dan Ku Li tawar diri untuk bentuk kerajaan baharu.
Jika jatuh kerajaan esok, mengadakan pilihan raya pada waktu sebegini bukanlah pilihan yang tepat.
Mahu tak mahu, kena buat kerajaan baharu.
Jadi, Tun M dan Ku Li tawar diri untuk bentuk kerajaan baharu tersebut bagi mengembalikan Malaysia sebagai Harimau Asia atau Singa Asia.
3. Kerajaan Baharu ini tidak melibatkan Najib Razak.
Tun M jelas mengatakan pembentukan kerajaan baru ini tidak akan akan melibatkan Najib Razak.
Tun M juga memberi bayangan kerajaan ini berasaskan individu bukan en-bloc parti.
4. Siapa PM Kerajaan baharu ini?
Tun M secara berseloroh kata, kalau majoriti sokong dia, esok juga dia jadi PM.
Jika dua tahun lepas kita ada PM usia 93 tahun, kali ini mungkin dapat PM usia 95 tahun.
Lagi ‘tua’. Hihi.
Aku rasa itu sahaja perkara besar yang diumumkan oleh Tun M dan Ku Li.
Cuma aku juga melihat sidang media ini memberikan beberapa isyarat dan implikasi dalam politik.
1. Memberi isyarat kepada Anwar, “Hai Anwar, I’m back”.
2. Memberi isyarat kepada sebahagian ahli parlimen PH dan BN, jika kamu sokong jatuhkan Muhyiddin esok, Atok rela jadi PM buat kali ketiga.
3. Kini, munculnya tiga blok politik, PN, PH dan PT (Politikus Tua).
Menariknya, seolah-olah ahli parlimen UMNO/BN berada dalam ketiga-tiga blok, yang jelas ada bersama dengan PN dan PT, satu kumpulan lagi tak berapa jelas berada bersama PH (harap tiada).
Kita nantikan sahajalah esok, apa yang akan berlaku.
Moga Tuhan lindungi negara kita, dari kegilaan demi kegilaan.
Apa sahaja yang berlaku, kita harap Islam terus memimpin negara.
Ahmad Fahmi Mokhtar