Sah Hutang USJB Kepada Tabung Haji Tiada Jaminan

Sah Hutang USJB Kepada Tabung Haji Tiada Jaminan

Alhamdulillah. Dalam sesi parlimen sebentar tadi, Timbalan Menteri Kewangan ll telah mengesahkan sekali lagi bahawa sukuk (hutang) UJSB kepada Tabung Haji TIDAK PERNAH DIJAMIN oleh kerajaan.

Berkenaan komitmen kerajaan yang digembar-gemburkan oleh PH selama ini sebagai satu bentuk jaminan kepada TH, YBTM Shahar Abdullah menjelaskan bahawa komitmen itu adalah sesuatu yang tidak mengikat dan boleh berubah mengikut kerajaan semasa.

Sebarang jaminan kerajaan hendaklah berdasarkan Akta Jaminan Pinjaman 1965 (Seksyen 2 (3)) dan sukuk ini tidak pernah digazetkan di bawah Akta tersebut.

Dengan kata lain jika kerajaan yang naik selepas ini enggan memberi apa-apa komitmen dan UJSB pula gagal, maka Tabung Haji akan kerugian puluhan bilion ringgit.

Mana mungkin urusniaga sebanyak RM27.56 bilion ini hanya disandarkan dengan ‘good faith’?

Apa yang YBTM Kewangan II sebut adalah selari dengan dapatan Ketua Audit Negara pada zaman PH sendiri.

Yang mana beliau tidak meyakini sepenuhnya sama ada Tabung Haji akan menerima pulangan sewajarnya pada akhir transaksi.

Inilah model perniagaan bodoh yang dicipta oleh orang yang tidak sihat akal.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Dalam Negeri