Mat Jeninpun Menggeleng Kepala

Mat Jeninpun Menggeleng Kepala

Jika Mat Jenin Raja Berangan, rupanya masih ada maharaja berangan, mengelamun hingga tidak sedar bahaya bakal menerpa.

Mat Jenin boleh jatuh pokok kelapa, maharaja berangan zaman moden ini boleh jatuh dari bangunan pencakar langit.

Umno atau lebih sesuai Dato Seri Zahid Hamidi selaku presiden Umno menghantar surat cerai kepada Bersatu, dalam keadaan sebahagian ketua bahagian termangu-mangu kehairanan.

Contoh besar ialah T.S Annuar Musa.

Contoh kecil seperti Ketua Pemuda Subang.

Betapa keputusan “Janda Baik” bukan suara kolektif Umno.

Benarkah sebelum Mesyuarat MT Janda Baik, DZH telah bertemu dengan PM TSMY, di mana dalam pertemuan tersebut TSMY telah menawarkan lebih 80 kawasan parlimen bakal ditanding oleh Umno yang perlu di maklumkan kepada MT Umno.

Hal yang gagal@rahsia di sampaikan DZH.

Justeru ramai tertanya-tanya perihal perbincangan apakah yang disebutkan di Janda Baik, sebaliknya Armada ditempelak menyibuk hal Umno.

Soalnya sekarang, Umno menghadapi situasi cempera.

Sebahagian menuntut DZH berehat terus dari persada Umno, begitu juga DS Najib dan mana-mana pimpinan Umno yang berhadapan kes mahkamah.

Sebaiknya DZH menyelesaikan dakwaan rasuah RM17.9 juta dan perlu hadir ke mahkamah.

2 kenyataan media dari Anwar Ibrahim dan DZH yang isinya sama, bagai menyuluh di siang hari adanya hubungan pintu belakang.

Mulut kata tidak akan bekerjasama dengan Anwar atau PH, tapi ikut menari rentak yang sama.

Kebetulan sahaja itu…Bukan sekali skrip yang sama, malah sejak polemik Perak, KM lebih berminat menjauhi PN berbanding pembangkang.

Apakah agenda peribadi lebih penting dari kepentingan parti?

Mengelamun untuk kembali berkuasa, tetapi memilih untuk terus berpecah.

Milik siapa Umno ini?

Kenapa Isham Jalil sahaja berseorangan menulis mempertahankan KM?

Mulut menyebut Perpaduan Bangsa.

Sejurus berprogram Penyatuan Ummah, air mata buaya deras mengalir akibat kehilangan kuasa yang di pegang lebih 60 tahun, kini hipokrasi tembelang kembali menyelubungi diri.

Umno mahu diheret bersama?

LGE dan PH secara terang bangga bersuara…Perpecahan PN & BN adalah signal PH bakal kembali ke Putrajaya.

Barangkali Isham Jalil boleh menafikannya.

KP Pas Ir Hj Khairil Nizam menyebutkan dalam bual bicara bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian bahayanya pertandingan 3 penjuru dalam satu gelanggang.

PAU bakal diadakan…apakah usul-usul nantinya ke arah penyatuan bangsa, pemerkasaan agama dan negara atau Agenda KM harus didahulukan?

Apakah Umno eklusif kepada KM atau pihak tertentu sahaja?

Apakah KM akan terus menguasai Umno atau direhatkan demi agenda Bangsa dan parti kembali relevan.

Hanya orang Umno yang boleh membuat keputusan – apakah hanya mereka sahaja tahu memerintah negara?

Setahun PN memerintah di bawah tekanan politik dan pandemik Covid…negara masih gemilang.

PN & MN pecah, DAP PH kembali berkuasa.

Tn Ismet GS

Politik