Peti Sejuk Beku Buat Sakinah

Peti Sejuk Beku Buat Sakinah

Lafaz syukur diucapkan Sakinah Salleh apabila menerima peti sejuk beku baru sumbangan daripada pihak kami.

Beliau mengusahakan perniagaan kuih tradisional secara kecil-kecilan di rumah bagi membantu suami menampung keperluan keluarga.

Sebelum ini Sakinah berhasrat untuk mengambil tempahan kuih frozen bagi meningkatkan lagi pendapatan keluarga.

Namun, kerana kekangan kewangan beliau tidak mampu membeli peti sejuk beku yang diperlukan.

Justeru, kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak membantu Sakinah dalam mencari rezeki tambahan bagi menampung keperluan 8 orang anaknya yang masih bersekolah.

Tengku Hassan Tg Omar
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri Terengganu

Dalam Negeri