10 Petunjuk Kerjasama PKR-UMNO Dari Datuk Seri Anwar Ibrahim

10 Petunjuk Kerjasama PKR-UMNO Dari Datuk Seri Anwar Ibrahim

SAYA TAK MENOLAK KEMUNGKINAN KERJASAMA PKR-UMNO

Menjawab soalan “Jadi tak mustahil lah kerjasama PKR-UMNO itu?”

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut: “Bukan sahaja tak mustahil, malah saya tak menolak kemungkinan itu.”

KERJASAMA KITA KINI DENGAN UMNO YANG SEHALUAN INI

Menjawab soalan “Maksudnya memang ada usaha nak bekerjasama?”

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut: “Kalau kemungkinan kerjasama kita, yang kita lakukan dengan Amanah dan DAP, dan kini dengan UMNO yang sehaluan ini…”

SAYA TAK FIKIR ADA PERCANGGAHAN ANTARA UMNO DAN PKR

Menjawab soalan “Akar umbi PKR pula macam mana? Sebab bukankah ideologi UMNO dan PKR sangat berbeza?”

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut: “Berbeza dari segi pelaksanaan dan ketelanjuran. Dari segi menegakkan dan mengangkat darjat orang Melayu, dalam konteks Malaysia, UMNO dengan MCA, MIC dulu berpakat sakan, tiada pula isu. Nak membanteras rasuah, itu dasar parti. Nak meninggikan syiar Islam, atau memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih pantas, saya tak fikir ada percanggahan di sini.”

KENYATAAN PIMPINAN UMNO DAN PKR NAMPAK SELARI

Menjawab soalan “Tak takutkah kalau percaturan UMNO itu hanya satu strategi politik yang kelak akan makan diri dan parti?”

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut: “Kita lihat beberapa kenyataan pimpinan UMNO agak lebih tegas dalam hal menyelamatkan ekonomi negara dan menolak kerajaan Perikatan Nasional yang tak sah ini. Pada masa sama dasar ekonomi yang seharusnya pro rakyat, itu harus diketengahkan, itu semua nampak selari (antara dua parti ini). Sehinggakan DAP pun ambil pendekatan yang lebih lunak terhadap kemungkinan kerjasama ini dalam hal-hal yang kita sepakati.”

TUDUHAN RASUAH BUKAN PENGHALANG KERJASAMA PKR-UMNO

Menjawab soalan “Andai kerjasama ini benar-benar terjadi, bagaimana pula komponen dalam PH yang sebelum ini asyik melabel UMNO sebagai perasuah?”

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut: “Rasuah ini, yang menghukum ialah hakim bukan pendakwa. Pendakwa ini buat tuduhan saja, tapi yang menghukum, hakim. Maksudnya, hakim yang bebas (tertawa).”

SUDAH ADA PERBINCANGAN TAK RASMI KERJASAMA PKR-UMNO

Menjawab soalan “Sudah ada sebarang rundingan?”

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut: “Perbincangan ada, perbincangan yang tak rasmi.”

PERBINCANGAN AWAL KERJASAMA PKR-UMNO SATU YANG POSITIF

Menjawab soalan “Perbincangan dengan siapa dalam UMNO?”

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut: “Dengan pimpinan parti, dan ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham mereka (UMNO) dan mereka lebih faham kita.”

SAYA BOLEH JELASKAN KERJASAMA PKR-UMNO KEPADA AKAR UMBI

Menjawab soalan “Maksudnya, akar umbi tiada masalah?”

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut: “Di pihak UMNO, tentulah pimpinan UMNO harus selesaikan. Kalau PKR pula, saya boleh jelaskan kepada akar umbi.”

YANG TAK SETUJU KERJASAMA PKR-UMNO TAKUT HILANG JAWATAN MENTERI

Menjawab soalan “Jadi apa faedah bekerjasama dengan UMNO?”

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut: “Ada juga suara-suara (dari dalam UMNO) yang tak setuju. Mereka bukan tak setuju dengan perjuangan ini, tapi tak setuju pasal mereka takut hilang jawatan menteri.”

SAYA TAK FIKIR ADA SUARA YANG KERAS MENENTANG KERJASAMA PKR-UMNO

Menjawab soalan “Bagaimana pula tentangan yang menolak kerjasama ini?”

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut: “Saya tak fikir ada suara yang keras menentang. Misalnya, Ronnie Liu dari DAP pun, dia sudah ubah sikit pandangannya. Saya tengok ada kenyataan, dia sebut kita harus sedia bekerjasama asalkan jangan meninggalkan prinsip dan idealisme.”

(SUMBER: WAWANCARA EKSKLUSIF DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DENGAN AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA PADA 14 MAC 2021)

Isu Semasa