Kebelakangan ini saya lihat asakan terhadap Muafakat Nasional tidak lagi datang dari luar.
Bahkan asakan semakin galak datang dari dalam UMNO sendiri.
Sebelum ini saya hanya dengar suara “perpecahan” Muafakat Nasional hanya dari pantai timur sahaja iaitu Ahmad Said, Pengerusi UMNO Trengganu.
Kerana beranggapan itu hanya suara Ahmad Said, maka saya tak ambil pot sangat sebab saya sedia maklum perasaan beliau selaku orang yang pernah menduduki kerusi no satu negeri, sudah tentu terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk merawat trauma yang beliau alami selepas kejatuhan di Trengganu.
Jatuh pulak ditangan PAS bukan ditangan DAP.
Maka sudah tentu dendam kepada PAS melebihi kebencian beliau kepada DAP.
Mungkin jugak bagi beliau tak kesah kalau negara ini DAP perintah sekali lagi asal Trengganu dikuasai UMNO dan “aku” adalah MB nya.
Itu adalah pemikiran biasa bagi mana-mana ahli politik yang berfikiran sekular dan kebendaan.
Tapi bila mendengar ucapan Zahid dan Asraf, masing-masing selaku orang no satu dalam UMNO dan ketua pemuda UMNO Malaysia, maka saya merasa agak terperanjat.
Walaupun bila mengenangkan kedudukan dan pengaruh zahid dalam UMNO, rasa terkejut itu tidaklah dalam skalarekta yang besar.
Tapi kira-kiranya gegaran itu cukup untuk menyedarkan saya bahawa usaha membunuh MN telah mula diambil oleh orang-orang penting dalam UMNO.
Iaitu orang-orang yang lebih penting dari Ahmad Said.
Kiranya Ahmad Said tidak bersendirian.
Namun berapa ramai sebenarnya ahli UMNO bersama Ahmad Said dan Zahid itu?
Sama-sama kita tunggu jawapannya selepas PAU nanti.
Kami sebelum ini seboleh mungkin cuba menyelamatkan MN ini.
Kerana kami sedar bukan mudah untuk membentuk MN.
Selepas terbentuk MN saya dan teman-teman dalam PAS serta dalam UMNO round pulak negara menyampaikan seruan perpaduan melayu Muslim menerusi pentas “Penyatuan Ummah”.
Kami minta ahli PAS akur dengan keputusan pimpinan PAS dan ahli UMNO akur dengan keputusan pimpinan UMNO.
Lupakan segala persengketaan lampau dan mari kita perkukuhkan persaudaraan dan muafakat ini.
Alhamdulillah hasilnya MN berjaya menumbangkan PH yang hanya mampu bernafas melalui bantuan tabung pernafasan fitnah selama 22 bulan sahaja.
Sejak itu saya cuba untuk tidak bercakap sepatah pun ungkapan yang boleh membawa kepada perpecahan kembali PAS UMNO.
Usahkan nak bercakap nak bayangkan pun saya takut kerana bimbangkan kemurkaan Allah.
Walaupun kadang-kadang hati tak tahan juga bila ucapan-ucapan panas kearah perpecahan saban hari dilontarkan.
Tapi masih duk tahan, bagaikan seorang suami yang sayangkan isteri yang duk tahan lidah agar jangan lafaz talak walaupun hari-hari keluarga isteri buat hal.
Namun bila ada sahabat PM saya mintak komen sikit pasal sokongan DS Zahid dan D Asyraf Wajdi kepada hasrat Ahmad Said, maka secara pribadinya saya jawab laa sikit.
Saya percaya majoriti pimpinan UMNO dan lebih-lebih lagi ahi UMNO termasuk ahli UMNO Trengganu tidak akan bersama dengan mana-mana pimpinan UMNO yang mahu berpisah dengan MN dan membentuk kerjasama dengan PH.
Kalau usaha itu cuba dipaksakan keatas ahli UMNO, saya percaya politik Ahmad Said, Zahid dan mereka yang sewaktu dengannya akan berkubur dan ahli UMNO sendiri yang akan mentalkinkan mereka.
Rata-rata ahli UMNO cintakan penyatuan ummat Melayu MUslim melalui MN ini.
Kalaupun sungguh UMNO akan pecah maka saya percaya pecah itu adalah proses pengukuhan MN dan kerajaan PN ini.
Kerana sekam dalam PAS dah pun keluar, maka kini sekam dalam umno pulak akan keluar.
Supaya yang tinggal dalam PAS dan UMNO ini hanya beras murni sahaja.
Kerana negara dan Ummat tidak memerlukan sekam.
Dahlah nak makan pun tak boleh, nak jual pun tak laku.
Sekian sedikit ulasan pribadi dari saya buat waktu ini.
Ustaz Mokhtar Senik
Kuantan Pahang.