Perjuangan PAS

Perjuangan PAS

Perjuangan PAS bukanlah hudud mahupun RUU355.

Perjuangan PAS lebih luas dari itu.

Andai hudud berjaya dilaksana atau RUU355 siap digazet penambahbaikannya, ia tidak menjadikan perjuangan PAS telah selesai.

Apabila PAS meletakkan partinya sebagai sebuah jemaah Islam (kemudian di-upgrade kepada gerakan Islam), ia bukan semata-mata hudud atau RUU355 sahaja.

Jika fokusnya hukum hudud semata, ia sudah setaraf dengan Taliban.

Gerakan Islam (pada doktrin PAS) adalah sebuah gerakan atau jemaah yang dianggap sebagai galang-ganti sistem khilafah yang telah tumbang, untuk menjaga hal-ehwal umat Islam.

Dunia hari ini dikuasai oleh pelbagai ideologi yang sebahagian besarnya tidak mesra umat Islam, bahkan hostile kepada Islam itu sendiri.

Maka Gerakan Islam bergerak secara jaringan global yang PAS adalah salah satu daripadanya.

Apabila dikatakan galang-ganti kepada sistem pemerintahan khilafah, maka tugas dan objektifnya tentulah jauh lebih besar daripada sekadar hudud dan RUU355.

Isu hudud dan RUU355 dari satu sudut, adalah propaganda politik sebenarnya (Hudud adalah nyawa kami).

Dari sudut yang lain, hudud dan RUU355 boleh diperimbang prioritinya (Hudud hanya 0.001% daripada hukum Islam).

Isu hudud dan RUU355 menjadi panas bukan hanya disebabkan oleh propaganda yang dimainkan oleh PAS sahaja, tetapi ia turut dipanaskan oleh UMNO suatu ketika dahulu, dan PH dua tiga tahun kebelakangan ini.

Propaganda PAS akan sunyi jika tiada respon pihak lain.

RUU355 sebenarnya tidak ada apa sangat pun.

Hanya nak revise kadar hukuman supaya lebih tegas.

Itu pun ada pihak yang panas dan cuba menentang serta cuba gagalkan.

Tentu sekali ia menjadi peluru yang PAS boleh guna untuk menembak isu dan sentimen.

UMNO pun tumpang juga sekaki atas sentimen yang sama, kerana PH adalah common enemy.

Jika RUU355 adalah perjuangan utama PAS, sangat mudah untuk kuburkan PAS.

Luluskan sahaja usul RUU355, perjuangan PAS akan selesai dan boleh bubar PAS.

Buat apa PAS wujud lagi kerana sudah tak ada apa yang nak diperjuangkan.

Itu jika RUU355 adalah benda utama.

Adakah perjuangan PAS yang lebih besar itu adalah “Harmonikan sivil dan shariah”?

Tidak. Ia mungkin lebih besar daripada RUU355.

Tetapi dari segi keseluruhan perjuangan PAS, ia juga adalah satu benda yang kechil.

Apabila disebut kesyumulan Islam sebagai perjuangan PAS, bukan sahaja fokusnya bab hukum hudud, RUU355, sivil dan shariah, bahkan syumul itu mestilah merangkumi juga aspek sosial, politik, ekonomi, teknologi, pendidikan, muamalah, pelaburan, perniagaan, hubungan diplomatik dan sebagainya.

Namun PAS hanya menonjol pada bab yang boleh bersilat retorik.

Boleh pusing-pusing, sebab hasilnya tak nampak dalam bentuk figure dan statistik.

Sekian

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Isu Semasa