Bagi meraikan rakan-rakan UMNO yang mahukan saya memuatkan ketidakpuasan hati mereka, berikut disertakan luahan ketidakpuasan hati Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Haji Zawawi Othman, ke atas PAS dan BERSATU.
PAS TINGGALKAN UMNO
Sayalah orang yang paling suka bila PAS dengan UMNO ini bergabung, tapi bak kata pepatah, “manusia pegang pada janji, lembu kerbau pegang pada tali”.
UMNO dengan PAS ini berjanji, bai’ah, kalau orang berkasih sehidup semati, tapi akhirnya PAS meninggalkan UMNO, ini yang paling kita sedih, PAS pergi bersama dengan BERSATU, dengan berada sebagai ahli dalam Perikatan Nasional tanpa pengetahuan UMNO, UMNO terumbang-ambing.
Di sini amat sedih sekali, saya rasa amat sedih sekali, dan saya rasa tak percaya kerana PAS ini adalah parti yang berteraskan agama Islam, yang berteraskan al-Qur’an dan Hadith.
PAS TIDAK AMBIL KIRA PERASAAN HATI UMNO
Muafakat Nasional ini satu-satu benda yang terbaik, tetapi ada duri sekarang, ada duri, PAS telah bersama dengan BERSATU.
Apa perasaan PAS kalau kita bersama dengan AMANAH?
Soalnya sama, UMNO dengan BERSATU dia sama dengan PAS dengan AMANAH.
Apakah PAS tidak mengambil kira perasaan hati kita?
Ini benda yang kita lihat. PAS pula pergi dengan BERSATU tanpa pengetahuan kita.
Tak mengaku pun, awal-awal, “tak ada, tak ada, tak ada”, tapi akhirnya terjawab.
Kalau saya, malu, tipu tipu rupa rupa betul.
PAS TIDAK MARI PUJUK UMNO
Kita keluarkan statement tahun lepas bahawa UMNO bersedia untuk bertanding semua kerusi Parlimen dan DUN.
Sudah buat statement, Setiausaha UMNO Perhubungan, Saudara Akhbar, telah membuat keterangan.
Yalah, statement itu dibuat supaya PAS jumpa kita, kadang-kadang kita, maaflah saya bagitahu, budak nak coklat, dia merajuk, mari pujuk.
Tak ada pun.
Dan sebenarnya PAS patutnya bincanglah, sampai Pengerusi ini, yang baru ini, satu pun dari Kelantan tak bagi kepada UMNO, jawatan Pengerusi JKKK.
Saya pun, itulah inilah, jadi nak pilih jawatankuasa pun, akhir sekali UMNO kata, “Tak payahlah, bagi kepada PAS semualah”.
AHLI UMNO DI BAWAH DIJADIKAN HAMBA
Hari ini kalau kita lihat Kerajaan Perikatan Nasional hari ini, saham yang paling besar adalah UMNO, tetapi kita di bawah ini bukan dianaktirikan, dijadikan hamba.
Saya nak bagitahu, ada cikgu-cikgu yang rapat dengan saya, ada cikgu-cikgu yang masih lagi kuat UMNO dan semua pun kuat UMNO, ditukar, dinafikan hak dan sebagainya, naik pangkat dan sebagainya.
Kerajaan apa ini?
Bersama apa macam ini?
Mereka dahlah curi Ahli Parlimen kita, sudahlah mereka sikit, tapi akhir sekali mereka menjadi raja.
Siapa tak marah?
Ahli di bawah marah.
TIGA PENJURU DI KELANTAN DAN TERENGGANU TIDAK JEJASKAN MELAYU
Baguslah (jika berlaku pertembungan tiga penjuru di Kelantan antara PAS, UMNO dan BERSATU), kita ini negara demokrasi, biasalah, kita cari penyokong-penyokong kita, susah apa?
Yang saya pelik hari ini, “jangan ada tiga penjuru, Melayu”.
Eh, di Kelantan tiga penjuru pun Melayu semua.
Di Terengganu tiga penjuru pun Melayu semua.
Di Bukit Bintang satu penjuru atau dua penjuru tak ada kena-mengena pun dengan UMNO.
Semua di situ bukan kita yang bertanding, bukan UMNO yang bertanding.
UMNO SEDIA KERJASAMA DENGAN PH JIKA PM ADALAH DARI UMNO
Kalau benar DAP nak bekerjasama dengan UMNO, sign SD-lah, bagi seorang daripada MP UMNO itu menjadi Perdana Menteri.
AMANAH juga, 11 daripada AMANAH bagi SD.
Sama juga dengan PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dulu.
Dan kalau boleh kita jangan cari Presiden.
Sebab kalau cari Presiden, mungkin Datuk Seri Anwar kata, “Aku pun Presiden”, Lim Guan Eng kata, “Aku Setiausaha Agung ni macam Presidenlah”, Mat Sabu kata, “Aku Presiden”, maka ada 4 orang besar di situ.
Kita cari yang lain.
Bagi saya nak senang, ambil Bossku-lah sekejap.
Bagi SD pada Bossku semua.
DAP 42, PKR 36, sudah jadi 78. AMANAH 11, sudah jadi 89. UMNO, nak 20 saja lagi, 22, 25, Gabungan Parti-Parti Sarawak, boleh mendirikan kerajaan.
(Sumber: Wawancara Datuk Haji Zawawi Othman dengan Datuk Rafi Awang Kechik di pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=vef5rrZxoLA)