Kebetulan hari ini 13 Sya’ban.
Giliran saya singgah di juzu’ 13.
Balik dari PAU tadi jumpa ayat ini.
Allah. Sejuk hati walau cuaca hari ini agak panas.
أَفَمَنْ يَعْلَمُ أَنَّمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ الْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَىٰ ۚ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
الَّذِينَ يُوفُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَلَا يَنْقُضُونَ الْمِيثَاقَ
“Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanya orang-orang yang berakal (ulul Albab) saja yang dapat mengambil pelajaran.”
“Iaitu orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak mencabuli perjanjian”.
Surah Ar-Ra’d, ayat 19-20.
Kata Ibnu Kathir mengenai ayat ini, mereka ini tidak sama dengan orang-orang munafik yang apabila seseorang dari mereka mengadakan perjanjian, maka mencabulinya, apabila bersengketa, mereka curangi, apabila berbicara, mereka berdusta dan apabila dipercayai, mereka khianat.
Kemudian disambung lagi dengan ayat yang ke 21,
وَالَّذِينَ يَصِلُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ وَيَخَافُونَ سُوءَ الْحِسَابِ
“Dan mereka yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (menjaga silaturrahim), dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk”.
Oleh kerana itu saya yakin, Penyatuan Ummah ini bukan hak ekslusif PAS dan UMNO sahaja.
Ia mestilah melibatkan semua pihak, termasuk semua jenis parti politik lain, NGO-NGO, NGI yang menerima kepimpinan Islam.
Sabtu hari santai.
Ir. Ts. Khairil Nizam