Hanya PAS Yang Mampu Buat

Hanya PAS Yang Mampu Buat

Bila Zahid Hamidi cabar yang berjawatan dalam kerajaan letak jawatan.

Saya tak nampak ada yang akan patuh, sebabnya?

Tak ada sebab mereka nak buat demikian.

Bilangan mereka tu ramai, mereka bukan buat apa-apa salah pun pada parti atau rakyat.

Kalau ZH beria-ia, apa kata kalau diaorang tu lipat balik dan minta Presidennya yang letak jawatan?

Sebab beliau ada kes mahkamah.

Bukan mudah nak lepas jawatan ni.

Banyak kepentingan terpaksa dilepaskan.

Ada yang baru pegang setahun, punggung belum panas duduk di kerusi, dah nak kena bangun.

ZH kena beringat.

Mereka tu bukan ahli politik yang tak laku.

Dalam suasana beli membeli, lompat melompat ni, jangan sampai umno putih mata lagi kerusinya kena curi.

Kerusi tu ramai yang mengidam, tus air liur.

Kamu tak hendak, ramai lagi yang nak nak.

Jangan marah kalau orang orang Bersatu makin ramai mengisi jawatan-jawatan tu nanti.

Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Engkau tak hendak, aku pun tak ingin!

ZH kena ingat.

Umno sekarang semakin lemah.

Bila tidak duduk dalam kerajaan, mereka akan makin lemah.

Umno tak biasa duduk luar kerajaan, percayalah.

Bila tak ada suara dalam kerajaan, mereka akan makin suram dan jauh dari rakyat.

Suara mereka akan makin tenggelam dari media massa dan semakin terpinggir dari arus perdana.

Buat masa sekarang, PAU masih masuk berita TV, masih menghiasi dada akhbar, manakala kelibat menteri-menteri masih ada kelihatan merasmi majlis dan keraian kerajaan.

Wartawan masih mencari berita mereka.

Tanpa itu semua, Umno akan sepi dan itu bukan suasana yang Umno mampu hadapi.

Pilihanraya masih jauh rasanya, PBBM pimpinan MY masih punya banyak masa untuk mengukuhkan kedudukannya.

Takkan Umno tak kenal akan tahap kesetiaan pemimpin mereka bila berdepan dengan tawaran dunia yang menggiurkan nanti.

Kalau nampak bot dah nak karam, tau-tau sajalah macam mana nak selamatkan diri masing masing.

UMNO kena khuatir kalau-kalau rakyat makin marah kerana dalam suasana ini tak habis habis nak berebut.

Mereka makin jemu dengan ahli politik yang menyusahkan.

Kerajaan tak boleh tenteram kerana asyik melayan karenah juak-juak yang melompat, tukar kerajaan dan bertukar jawatan.

PAS sebagai rakan kongsi.

MN pasti akan turut terkena tempiasnya.

Saya percaya yang boleh dan mampu buat macam arahan ZH itu hanya PAS dan Presidennya.

Andai Presiden mengarahkannya atas sebab-sebab yang syarie, pasti akan disambut dengan senang hati dari pimpinan sampai ke akar umbi.

Inilah perbezaannya sebuah parti yang ditadbir dengan konsep wala’ dan taat sepenuhnya atas nama Islam.

Barangkali inilah menyebabkan PAS, ahli dan Presidennya dicemburui.

Abdul Karim Sidek

Politik