Permainan Poker, Edisi Perdana Menteri

Permainan Poker, Edisi Perdana Menteri

Tidak ada petunjuk yang jelas untuk membuktikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Parlimen sehingga kini, kata Peguam Negara Tan Sri Idrus Harus berikutan penarikan sokongan segera oleh Umno awal hari ini. (1)

Itu berita semalam selepas pelbagai spekulasi bagaimana kerajaan telah jatuh.

Masalahnya ialah kerajaan masih berjalan seperti biasa dan tiada seorang MP Umno pun meletak jawatan ataupun berucap secara terbuka mereka tidak sokong Muhyiddin.

Sungguh memalukan bagi seorang presiden yang berucap sesuatu polisi parti yang tidak diikut oleh member parti.

Dan kamu semua perasan tak tiada siapa yang menjawab balik kenyataan Peguam Negara walaupun ramai yang pro-Najib / Zahid mengatakan Muhyiddin tak berani mengumumkan berapa ramai MP yang betul-betul menyokong Muhyiddin.

Kamu perasan tak Najib dan Zahid juga tak berani umumkan berapa orang MP di kem mereka secara terbuka menolak Muhyiddin sebagai PM?

Apabila anda mengajukan soalan ke satu pihak, pastikan anda dapat menjawab dengan pasti pertanyaan itu jika diarahkan ke pihak anda, terutama jika jawapan anda juga dapat menjawab pertanyaan yang tidak dijawab ke pihak lain.

Sekiranya terdapat sejumlah 10 biji epal dan mereka terbahagi kepada dua timbunan, menyatakan berapa banyak dalam satu timbunan secara automatik akan menunjukkan berapa banyak yang terdapat di timbunan yang lain.

Itulah masalahnya bila Anwar Ibrahim dengan berani cakap, “I have the numbers.”

Kalau ada, tunjukkan sajalah.

Buat apa nak tunggu lagi ataupun tanya soalan yang kamu sendiri boleh jawab?

Berapa ramai yang menyokong PM?

Bagaimana dengan berapa ramai yang tidak menyokong PM?

MP Umno yang membisu sekarang dan masih bekerja sebagai Menteri tu sebenarnya telah bagi jawapan mereka.

MP Umno yang membisu dan tidak mempunyai kerja dengan kerajaan juga telah memberi jawapan mereka masa mereka disoal YDPA setahun setengah dahulu siapa mereka sokong jadi PM.

Selagi MP semua yang menyokong Muhyiddin depan YDPA (termasuk Najib dan Zahid) tak cakap secara terus terang mereka tidak lagi sokong Muhyiddin dan rela jadi pembangkang, sokongan mereka kepada Muhyiddin kekal.

Sebenarnya, Najib dan Zahid boleh saja menjatuhkan Muhyiddin.

Memang boleh sebab majoriti Muhyiddin memang tipis.

Tapi kita akan balik juga kepada masalah pengganti Muhyiddin dan tiada siapa yang mampu dapat sokongan majoriti.

Bodoh sial main game ini sebab semua pihak kalah secara automatik kecuali YDPA yang akan diberikan mandat memilih interim PM lagi sekali.

Dan masa tu, kalau YDPA pilih Hadi Awang, kamu semua jangan menyesal.

Saya pun akan turut sokong pilihan itu sebab sekurang-kurangnya ia memastikan semua pihak tak dapat main game bodoh ni lagi.

Mak Khuin Weng – マク

  1. AG mengatakan penarikan sokongan Umno di luar Parlimen tidak mempunyai kesan undang-undang terhadap Muhyiddin – http://dlvr.it/S3JG8l
Isu Semasa