PAS Sabah: Membangun Manusia Dulu Dan Selamanya

PAS Sabah: Membangun Manusia Dulu Dan Selamanya

Sejak ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1986, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah tidak pernah berada dalam kerajaan.

Walaupun begitu, agenda lebih besar di samping politik dan pilihan raya adalah mengurus dan membangun manusia.

Sebab itu bermula tahun 1987 bermulanya penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di bawah Dewan Pemuda PAS Sabah.

Pendidikan antara faktor penting pembangunan manusia; sebab itulah PASTI tumbuh begitu cepat di seluruh Sabah.

Sehingga kini terdapat lebih 100 buah PASTI di seluruh Sabah.

Dari segi kurikulum, selain penekanan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M), PASTI mempunyai kelebihan melatih pelajar ini dengan ibadah sunat dan hafazan al-Quran.

PAS Sabah terus melangkah dengan menubuhkan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menegah Integrasi Teras Islam (SMITI).

Kurikulum semuanya selari dengan kehendak kerajaan, membangun ilmu dan semangat cintakan negara.

Apa yang saya mahu ketengahkan di sini ialah, PAS sudah berada dalam masyarakat cukup lama.

Lebih daripada 30 tahun.

Membantu pihak kerajaan membangun manusia walaupun PAS tidak berada dalam kerajaan.

Kami menyediakan ruang untuk masyarakat menimba ilmu.

Kami memberi pilihan dengan kaedah yang tidak lari daripada teras asal iaitu membangun manusia dengan ilmu.

Semua pusat pendidikan ini dibuka seluasnya kepada orang awam tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Terdapat beberapa buah PASTI pernah mendaftarkan pelajar-pelajar bukan Islam dan mereka berjaya mencapai prestasi 3M.

Sehingga kini, alumni PASTI sahaja sudah lebih daripada 40 ribu orang.

Jalan membangun manusia ini tidak ada penghujung.

Kami dalam PAS akan terus membuka lebih banyak institusi pendidikan, sistem pondok atau sekolah rasmi.

Itulah hasrat kami.

Misi kami bukan hanya politik dan pilihan raya, tetapi juga yang lebih utama membangun manusia dengan ilmu.

Kami sudah mulakan sejak dulu dan insya-Allah akan diteruskan selamanya.

YB DR. ALIAKBAR GULASAN

Minda Pemimpin