RM1000 Kepada Hafiz Dan Hafizah Yang Berjaya Menamatkan Hafazan Al-Quran

RM1000 Kepada Hafiz Dan Hafizah Yang Berjaya Menamatkan Hafazan Al-Quran

“Baca dulu lepastu hafal, kebiasaanya saya menghafal selepas solat subuh”.

Itulah antara tips kejayaan adik Siti Nur Damiatul Husna binti Abdul Salam yang berjaya menamatkan hafalan 30 Juzuk Al-Quran di Maahad Tahfiz As-Sabiqun.

Petang ini YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu telah hadir untuk menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada Siti Nur Damiatul Husna yang telah berjaya menamatkan hafalan selama 2 tahun setengah.

Beliau mula menghafal sejak daripada 26 March 2019 yang lalu di bawah bimbangan Ustaz Sabri bin Khadir.

“InsyaAllah,di peringkat DUN Wakaf Mempelam, saya akan menghadiahkan sebanyak RM 1000 kepada para hafiz dan hafizah yang berjaya menamatkan hafazan Al-Quran sebanyak 30 juzuk melalui simpanan dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i),” kata Wan Sukairi.

Tahniah buat adik Siti Nurul Damiatul, buat para ustaz dan ustazah serta yang paling bermakna ialah buat ibubapa yang sentiasa memberi sokongan.

Terengganu