Sembang Kencang Jangan Sampai Makan Diri

Sembang Kencang Jangan Sampai Makan Diri

Anwar harus diberi hak untuk membentuk kerajaan seterusnya, kata Hanipa. [1]

Hak apa? Boleh pakai ke kata-kata Hanipa ni?

Kalau dilihat rekod terdahulu, banyak yang tak boleh pakai.

Pada 29 Nov 2017, seorang ahli akademik menyatakan kehairanannya melihat perubahan yang berlaku kepada Hanipa.

Sebelum menyertai Parti AMANAH, Hanipa istiqamah memperjuangkan kepentingan Islam, sejak bila dan apa punca sebenar Hanipa berubah menjadi Liberal? [2]

“Dont worry be happy!!!” kata Hanipa. [2]

Pada 8 Mac 2018, Hanipa bertikam lidah dengan Ahli Parlimen BN di Parlimen.

“Sakit ke, hatta saya mati sekalipun, saya puas hati sebab saya cakap lawan BN … kalau malaikat tanya kenapa mati? Mati lawan BN.” [3]

Seterusnya pada 29 Mac 2018, ketika membalas kata-kata Ahli Parlimen BN, Hanipa sekali lagi mengeluarkan kata-kata kontroversi.

“Kalau saya Tuhan – nasib baik saya bukan Tuhan – kalau saya Tuhan dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja, tapi sebab saya tak (bukan) Tuhan.” [4]

Celopar mulut Hanipa. Mudah sangat nak bermain kata dengan hal ketuhanan.

Pada 11 Mei 2018, PH menang dan Hanipa berpeluang jadi Menteri.

Tiba-tiba pada 9 Julai 2018, Hanipa terjatuh dan pengsan ketika berada di pentas bersama barisan menteri lain. [5][6]

Harapnya Hanipa lebih insaf dan berhati-hati dalam tuturkata.

Tapi nampaknya masih tak berubah.

Pada 20 Disember 2018, Hanipa memperlekehkan penganjuran Perhimpunan Bantah ICERD.

“PAS nak ke Putrajaya tak boleh guna lori Kassim Baba”, perli Hanipa.

Becok mulut Hanipa.

Ada sahaja mahu dikomen.

Sebaliknya perhimpunan Bantah ICERD mendapat sambutan luar dugaan.

Melopong Hanipa.

Pada 27 Oktober 2019, Hanipa mencabar Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

“Selagi masih waras, sila bersara”, katanya kepada Abdul Hadi. [7]

Lancang mulut Hanipa.

Sombong tak bertempat.

Tak siapa menduga, pada 24 Februari 2020, Mahathir sekonyong-konyong letak jawatan sebagai PM kerajaan PH dan sekaligus Hanipa hilang jawatan menterinya.

Siapa yang terpaksa bersara dahulu sebenarnya? (senyum)

Sembang kencang jangan sampai makan diri

DrPalaTao

Rujukan:

[1] Anwar should be given right to form next govt, says Hanipa
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/07/08/anwar-should-be-given-right-to-form-next-govt-says-hanipa/

[2] Pensyarah pelik Hanipa kini ‘jadi liberal’
https://www.malaysiakini.com/news/403759

[3] Matilah cepat, kata MP Umno pada Hanipa
https://www.malaysiakini.com/news/414856

[4] Hanipa pertahan ungkapan ‘kalau saya tuhan’
https://www.malaysiakini.com/news/417732

[5] Hanipa dibenarkan pulang
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/447425/hanipa-dibenarkan-pulang

[6] ‘Untuk apa orang sakit kronik dilantik timbalan menteri?’
https://www.malaysiakini.com/news/433445

[7] “Selagi masih waras, sila bersara” – kata Hanipa kepada Abdul Hadi
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/selagi-masih-waras-sila-bersara-kata-hanipa-kepada-abdul-hadi-221118

Isu Semasa