Bagaikan telah diduga, Zahid Hamidi memecat Tajuddin Abdul Rahman pada 13 Julai 2021, dipercayai berpunca dari kritikannya terhadap keputusan parti dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO beberapa hari sebelumnya. [1]
Sebelum ini Zahid telah memecat Shahidan Kasim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis pada 24 April 2021. [2]
Tindakan itu dipercayai untuk menutup mulut pengkritiknya dalam mesyuarat MKT di mana Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri juga menjadi anggotanya. [3]
Zahid juga telah memecat Annuar Musa sebagai Setiausaha BN pada 4 Januari 2021. [4]
Adalah dipercayai pemecatan itu ada hubungkait dengan kenyataan Annuar Musa sehari sebelumnya yang berbunyi “Kalau nak pecat (saya), silakan. Nak pertahan mereka yang nak bawa parti sokong DAP dan Anwar, silakan.” [5]
Lanjutan dari pemecatan Annuar Musa, setiausaha akhbar di kementerian yang diterajuinya, Tun Faisal digantung pula keahliannya selama enam tahun. [6]
‘Yang buat jajaran baharu tak kena, yang bersuara pula kena tindakan’, komen Tun Faisal. [7]
Pernah juga timbul berita tentang pemecatan Hishammuddin Tun Hussein Onn. [8]
Bagaimanapun, UMNO menafikan surat yang tersebar berhubung pelucutan keahlian Datuk Seri Hishammuddin Hussein daripada parti dan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan berita palsu. [8]
Siapa pula yang akan dipecat seterusnya?
Jika mengikut kenyataan media Zahid pada 17 Mac 2021 berbunyi “Umno kenal pasti dua MT dalang bocor rahsia parti”, kemungkinan ada dua orang lagi bakal dipecat. [9]
Kata Zahid “… dua MT iaitu masing-masing lelaki dan wanita dikenal pasti hasil siasatan dilakukan”. [9]
Mereka yang telah menerima nasib ini adalah dari kalangan yang membantah kehendak Zahid.
Sudah banyak kali Zahid memberi isyarat dia mahu left grup Kerajaan PN.
Takkan masih tak faham lagi hasratnya?
Kena pegang kata-kata ini baru selamat, “the boss is always left”
DrPalaTao
Rujukan:
[1] Tajuddin dipecat selepas kritik keputusan parti
https://www.kosmo.com.my/2021/07/13/tajuddin-dipecat-tok-mat-dilantik-pengarah-pilihan-raya-umno/
[2] Shahidan digugur sebagai Pengerusi UMNO Perlis berkuatkuasa hari ini
https://www.airtimes.my/2021/04/24/shahidan-digugur-sebagai-pengerusi-umno-perlis-berkuatkuasa-hari-ini/
[3] Selepas Shahidan, seorang lagi pemimpin UMNO bakal diambil tindakan
https://www.agendadaily.com/politik/selepas-shahidan-seorang-lagi-pemimpin-umno-bakal-diambil-tindakan/
[4] Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung BN
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/772446/annuar-musa-dipecat-sebagai-setiausaha-agung-bn
[5] ‘Kalau nak pecat, silakan’ – Annuar Musa
https://www.astroawani.com/berita-politik/kalau-nak-pecat-silakan-annuar-musa-275966
[6] Keahlian Tun Faisal digantung 6 tahun
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/800963/keahlian-tun-faisal-digantung-6-tahun
[7] ‘Yang buat jajaran baharu tak kena, yang bersuara pula kena tindakan’ – Tun Faisal
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/yang-buat-jajaran-baharu-tak-kena-yang-bersuara-pula-kena-tindakan-tun-faisal-290551
[8] UMNO nafi surat pecat Hishammuddin
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/826733/umno-nafi-surat-pecat-hishammuddin
[9] Umno kenal pasti dua MT dalang bocor rahsia parti
https://www.malaysiakini.com/news/566930