Perubahan Urusan Tanah Untuk Kemudahan Rakyat

Perubahan Urusan Tanah Untuk Kemudahan Rakyat

Beberapa perubahan untuk kemudahan rakyat dalam urusan tanah yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

1. Tempoh geran pajakan tanah pertanian telah dinaikkan dari 60 tahun sebelum ini kepada 99 tahun.

2. Had kelayakan pendapatan bagi melayakkan pemohon membuat rayuan untuk bayaran premium tanah secara ansuran dinaikkan dari RM700 kepada RM1700.

Pemohon boleh merayu untuk bayaran ansuran tanah dibuat dalam masa sehingga 3 tahun.

Had pendapatan RM700 sudah tak relevan lagi dengan keadaan semasa.

3. Bagi pemohon tanah yang berada dalam senarai e-kasih atau penerima JKM, mereka hanya perlu membayar premium dengan kadar nominal RM100 sahaja tanpa mengambil kira nilaian sebenar tanah.

4. Pemohon tanah yang telah diluluskan tapi dinafikan hak selepas peralihan kerajaan pada 2004, mereka hanya perlu membayar premium tanah dengan mengambil kira nilaian semasa tahun 2004 sahaja dan bukannya nilaian semasa tahun sekarang.

Berapa beza nilai tanah tahun 2004 berbanding tahun 2020?

Anggaran kasar, satu lot tanah yang bernilai RM6000 pada tahun 2004 pada tahun 2020 sekarang telah bernilai sekitar RM20,000.

5. Beberapa pindaan dari segi prosedur permohonan tanah dibuat dari masa ke semasa bagi melicinkan urusan dan memendekkan tempoh proses.

SELAMAT HARI MERDEKA.

Dr Azman Ibrahim

Dalam Negeri