Setelah dapat tahu ada masalah air di Kuala Terengganu, Ir. Ts. Khairil Nizam, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia terus menghubungi Ustaz Nasir Razak; Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu bertanyakan mengenai keadaan terkini di sana.
Beliau dimaklumkan bahawa seramai 640 orang pelajar yang berada di kampus UMT juga terkesan dengan gangguan bekalan air ini.
Jumlah ini belum termasuk mereka yang berada di pusat kuarantin UMT.
“Saya akui memang sukar meneruskan urusan harian tanpa air tambahan pula ketika pandemik makin mengganas ini,” kata Khairil.
Selaku sebahagian daripada keluarga besar UMT, beliau terus menggerakkan bantuan yang termampu untuk meringankan beban masalah bekalan air yang dihadapi oleh warga UMT.
“Terima kasih kepada Pemuda PAS Terengganu yang sentiasa dalam keadaan bersiap siaga membantu memudahkan urusan operasi sumbangan dan bantuan air di UMT. Alhamdulillah.” kata Khairil lagi
Selain itu, beliau juga berkata ImanCare selaku NGO juga telah sudi membantu misi pengagihan air di UMT.
Menyedari masalah bekalan air ini agak kritikal di UMT, ImanCare terus menggerakkan bantuan seperti berikut yang pastinya memberikan kelegaan kepada warga UMT:
1.10 tong air 2000 liter @ kapasiti 20,000 liter + 2 mesin pum air ke DUN Batu Rakit diagihkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.
2.16 set boreng air melibatkan 4 Dun (4 unit setiap DUN) iaitu Dun Buluh Gading, Dun Seberang Takir, Dun Batu Rakit, Dun Tepuh.
3.1 trailer air minum 19liter x 950 botol @ 18,050 liter ke Dun Buluh Gading (kawasan PKPD).
4.1 trailer air minum 19liter x 950 botol @ 18,050 liter ke UMT utk manfaat 700 warga yg sedang dikurantin.
5.1 trailer air minum 19liter x 950 botol @ 18,050 liter ke Dun Seberang Takir.
6.195 botol air minum x 1.5liter @ 292.5 liter + 84 botol x 5liter @ 420liter ke Dun Tepuh.
7.12,800 liter air dipum ke tangki utama asrama UMT melibatkan 2 buah lori serta 10 sukarelawan.
8.Bantuan set water pum untuk operasi untuk Jabatan Amal Kawasan Kuala Terengganu.
9.Operasi 2 buah lori untuk bantuan air terus ke rumah-rumah kediaman di Taman Perumahan Nur Bakti.
Beliau juga mengucapkan terima kasih Iman care!
Terima kasih juga buat Tuan Haji Mohd Fadhil Wahab; Penyelaras DUN Seberang Takir, Ustaz Mohd Riduan Abu Bakar; Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus yang juga Pengarah Sekretariat Bantuan Air DPPNT, Pemuda PAS DUN Seberang Takir, Besut, anggota Jabatan Amal dan pihak SATU water yang turut membantu.





