Sidang DUN Terengganu yang berakhir Rabu lalu sedikit panas angkara dakwaan jahat Mat Said (baca : team Mat Said, bukan UMNO Terengganu keseluruhan).
Antara isu yang panas ialah mengenai pelantikan individu ‘lahir’ di luar sebagai teraju utama beberapa anak syarikat berkait kerajaan (GLC) Terengganu.
Kata Mat Said, ‘tiada orang Terengganu yang layak ke?’
Lalu didedah jawatan-jawatan lain yang sebenarnya berkait dengan GLC utama.
Ok mari kita lihat sedikit fakta berkaitan satu GLC yang didakwa Mat Said dan kita buatlah perbandingan sihat.
Untuk rekod, Raja Idris dilantik sebagai Eksekutif Direktor (ED) TDM Berhad pada April 2000, tinggalan hutang (pinjaman) oleh pengurusan GLC sebelum itu (zaman kerajaan dulu) adalah RM236.7 juta.
Raja Idris berkhidmat selama 4 tahun di era DS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan selepas itu dihentikan sebagai ED TDM Berhad pada April 2004 akibat pertukaran kerajaan.
Dalam tempoh 4 tahun, Raja Idris berjaya mengurangkan jumlah hutang kepada RM2.03 juta, pengurangan sebanyak RM234.7 juta.
Sekali lagi PAS diberi mandat pada Mei 2018, Raja Idris dilantik sebagai Pengerusi TDMB pada Jun 2018.
Hutang tinggalan kerajaan lama RM791juta (dibaca), tiada anak Terengganu yang layak ke Mat Said?
Dan setakat tahun 2019, hutang itu berjaya dikurangkan kepada RM465.8 juta, berkurang sebanyak RM325.2 dalam tempoh setahun Raja Idris mengurus TDM.
Ini bab hutang, tiada anak Terengganu yang layak ke?
Jika ada angkatlah, tiada masalah.
Inilah antara kepincangan yang diambil perhatian oleh MB, masalah yang memerlukan strategi berkesan, ditambah pula Raja Idris sendiri sudah berpengalaman dan memahami selok belok TDM, jika tidak pastinya hutang terus berganda.
Ini bukan soal layak atau tidak, tetapi keutamaan berdasarkan situasi semasa.
Ramai anak Terengganu yang layak, tetapi tengok situasi.
Orang yang pandai dan tahu selok belok memasak, berilah bahan apa pun, sekejap je dia siap masak, beza dengan yang kurang pengalaman, ambil masa lama.
Usah risau, anak Terengganu akan diberi keutamaan selepas kepincangan ini selesai, ini jaminan MB.
Ameerah Diyana