Majlis Pelancaran Kampung Budaya Terengganu

Majlis Pelancaran Kampung Budaya Terengganu

Majlis Perasmian Kampung Budaya Terengganu akan di adakan pada 3hb. September 2020, bertempat di Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu.

Majlis perasmian akan disempurnsksn oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Kampung Budaya Terengganu akan menggambarkan sambutan kepada Tetamu Utama Negeri yang berkunjung ke Kampung untuk melakukan Pengisytiharan Kampung Budaya Terengganu.

Program tersebut akan dihias dengan warna-warni kehidupan masyarakat kampung yang memakai pakaian tradisional dan melakukan aktiviti harian.

Antara aktiviti menarik yang akan dipersembahkan ialah:

1. Taklimat ringkas sejarah pelayaran seperti demonstrasi membuat perahu dan lakonan semua suasana pelabuhan, pasar lama dankedai kopi.

2. Memperlihatkan semula suasana kampung di sekitar kawasan jeti, menyambut kepulangan nelayan dan keadaan kaum wanita dan kanak-kanak yang menunggu hasil dari nelayan.

3. Penerangan tentang sejarah pembuatan perahu, demonstrasi menebar dan menyirat jala dan pameran bubu dan beto.

4. Taklimat sejarah kedatangan Islam ke erengganu dan demonstrasi pembuatan seni khat, ukiran kayu, ukiran khat dan pameran barangan lama.

Pelancongan