Ramai yang tidak faham dengan gerak dan tindakan politik PAS.
Malah kadang-kadang yang telah lama dalam perjuangan PAS pun masih ada yang tidak faham.
Sebab itu ada yang keluar dari jemaah PAS dan menyertai PAN.
Siapa sangka Mat Sabu boleh keluar PAS?
Mat Sabu sendiri tak sangka! Sebab itu dia kata dia dah ‘GILA’ jika keluar dari jemaah PAS.
Kalau orang fikir PAS hanya sebuah parti politik sahaja, itu bermakna mereka masih tidak faham lagi perjuangan parti PAS.
PAS adalah sebuah jamaah Islam yang memperjuangkan Islam secara syumul.
PAS bukan NGO Islam yang ditubuhkan untuk satu-satu tujuan tertentu sahaja samada dakwah, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
Perjuangan PAS merangkumi semua perkara.
Sebab itu dalam PAS ada pendidikan ( PASTI.SRITI SMITI dan lain-lain), Kebajikan (AMAL, Ameerah dan lain-lain), Lajnah Dakwah, sosial (ARC, LESTARI, DACS dan lain-lain).
Sebagai jamaah ISLAM, Alhamdulillah PAS ada semua ini. Untuk mempraktikkan semua itu di peringkat negara PAS memerlukan kuasa.
Sebab itulah PAS terlibat dalam politik pilihanraya.
Oleh itu semua tindakan politik PAS adalah untuk memastikan kepentingan ISLAM, rakyat dan negara terjaga.
Sebab itu PAS ada Majlis Syura Ulamak untuk memastikan tindakan politik PAS selari dengan TUNTUTAN syariah.
Realiti politik hari ini umat Islam terpecah kepada beberapa parti politik.
PAS tidak boleh berkuasa tanpa bekerjasama dengan parti politik lain.
Jadi PAS akan bersama dengan parti politik yang kurang memberi mudarat kepada Islam, atau sekurang-kurangnya tidak memusuhi PAS. PAS boleh bekerjasama dengan parti-parti yang berbeza ideologi selagi mana ianya tidak merugikan Islam, rakyat dan negara.
PAS pernah bekerjasama dengan DAP atas tujuan untuk menentang korupsi, kezaliman dan ketidakadilan yang menghancurkan negara. Tetapi keutamaan PAS ialah ISLAM. Bila DAP menunjukkan sikap sebenar mereka yang terang-terang menentang ISLAM, maka PAS tanpa kompromi memilih untuk berjuang secara bersendirian.
Sekarang PAS bekerjasama dengan UMNO (lawan politik mereka selama hampir 60 tahun) untuk melawan PH yang didominasi oleh DAP.
PAS bersama UMNO bukan sebab mereka mendapat 90 juta tapi demi kesatuan ummah untuk berhadapan dengan pakatan Ahzab yang dikuasai puak sekular liberal dan Evelangist yang terang-terang memusuhi Islam.
Kesimpulannya PAS bersama UMNO demi untuk kepentingan agama rakyat dan negara yang diancam oleh pakatan yang dipimpin oleh DAP.
Jika UMNO boleh menerima ISLAM sebagai dasar perjuangan mereka maka itu merupakan satu lagi kejayaan PAS.
Ini terbukti apabila UMNO telah masukkan ISLAM dalam Perlembagaan mereka!
Kalau diikutkan strategi politik sekular, inilah masanya untuk PAS menguburkan UMNO.
Parti GERAKAN dan PBB telah tinggalkan UMNO.
MCA dan MIC pun nak tinggalkan UMNO apabila mereka telah kehilangan kuasa.
Kenapa PAS pula menghulurkan tangan pada UMNO, walaupun berbaik dengan UMNO menyebabkan PAS menerima fitnah yang besar?
Disaat mereka sedang mengalami kejatuhan dan bersedih, PAS menghulurkan tangan untuk membantu mereka bangkit semula sebagai mana PAS membantu Anwar Ibrahim.
Tidakkah PAS merasa serik ditikam belakang oleh Anwar Ibrahim apabila mereka dapat berdiri kembali dan merasa kuat?
PAS pun ada 2 kerajaan negeri.
Bukan kosong.
Ini yang membuat ramai orang tidak faham dengan politik PAS.
Orang melihat PAS tidak mengambil kesempatan dengan situasi politik yang berlaku ketika itu.
Sebelum PRU 14 PAS bertanding bersendirian walaupun PH dan BN menawarkan kerjasama drngan PAS.
Ada pemimpin PAS ketika itu yang tidak bersetuju dengan tindakan politik PAS yang menolak DAP kerana kononnya akan merugikan politik PAS.
Bagi mereka tanpa DAP, PAS takkan dapat ke Putrajaya.
Mereka menentang hingga tertubuhnya PAN.
Memang benar mereka dapat ke Putrajaya.
Tapi mereka hanya mampu bertahan selama 22 bulan sahaja.
Mereka berebut kuasa sesama sendiri!
Akhirnya PH runtuh dengan sendirinya.
Demi untuk menyelamatkan negara, PAS menyokong TSMY sebagai PM.
PAS tak pernah menuntut TGHH sebagai PM.
Bukan kerana TGHH tidak layak tapi memelihara Penyatuan Ummah adalah agenda yang paling utama.
Malah PAS tidak menuntut jawatan dalam kerajaan PN.
PAS menerima apa saja jawatan dan amanah yang diberikan, tidak kira besar atau kecil.
Apa yang lebih utama, PAS akan melaksanakan amanah sebaik mungkin.
Alhamdulillah pimpinan yang ditaklifkan dengan jawatan dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya.
Sekarang PAS bersetuju tidak bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak.
Walaupun PAS sentiasa bertanding dan dalam keadaan sekarang PAS berpotensi untuk menang di beberapa kerusi tetapi demi menghormati kerjasama dengan GPS, kepimpinan PAS Sarawak akur walaupun mungkin ada yang terkilan.
Bagi orang politik sekular ia satu kerugian bagi PAS.
Buat apa berpolitik tanpa menyertai pilihanraya?
Ini akan menghalang perkembangan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.
Jika ada yang tidak bersetuju mereka boleh keluar dari PAS.
Ini akan membersihkan PAS dari politikus opportunist sebagaimana keluarnya golongan PAN dari PAS.
Tetapi sebagai jamaah ISLAM, PAS tetap bergerak di Sarawak.
PAS meneruskan kerja dakwah, kebajikan, pendidikan dan lain-lain bagi membantu rakyat.
Itulah PAS yang berbeza dengan parti politik lain.
Tanpa kuasa politik pun PAS akan terus berkerja apatah lagi jika diberi kuasa.
Dalam PAS kalau tak jadi kerajaan pun ahli PAS bekerja untuk rakyat.
Malah ketika menjadi pembangkang pun PAS membantu rakyat.
Kerja Dakwah, Tarbiyah, Kebajikan dan lain-lain tetap diteruskan.
Tetapi ini bukan bermakna PAS boleh dibuli.
PAS ada jatidiri dan prinsip.
Lihat apa terjadi kepada parti politik dan pimpinan yang mengkhianati PAS.
Mungkin dulu orang PAN rasa bijak kerana keluar PAS.
Kononnya dengna kebijaksanaan mereka dapat menjadi kerajaan.
Tetapi lihat apa tang telah terjadi kepada nasib mereka.
Termasuklah parti politik PKR dan DAP.
Dulu PAS menyokong mereka ketika mereka lemah tetapi mereka meninggalkan PAS ketika mereka kuat.
Sekarang parti mereka semakin hancur dan berpecah.
PAS pula semakin kuat dan diterima rakyat.
Marilah bersama PAS.
Kita perkasakan jamaah ISLAM.
Bila jamaah ISLAM kuat, Islam akan berdaulat.
Bila ISLAM kuat dalam diri, masyarakat dan negara maka negara akan selamat.
Mereka yang ada iman dalam diri tidak akan menerima rasuah, bersikap adil dan amanah.
Negara akan memperolehi barokah, aman makmur dan sejahtera untuk SEMUA tanpa mengira agama dan bangsa.
Kerana mereka tahu hidup bukan hanya di dunia.
Segala perbuatan mereka akan dihisab di hadapan Allah Yang Maha Esa.
Bagi puak sekular walau apapun ideologi mereka, mereka tidak akan berlaku adil, amanah dan lain-lain.
Mereka tidak dipandu oleh agama sebaliknya mereka dipandu oleh hawa nafsu.
Retorik untuk rakyat hanya halwa mulut untuk mendapat kuasa.
Bila berkuasa mereka hanya mengikut nafsu tanpa perkiraan dosa dan pahala.
Mari bersama jamaah PAS.
Fahamilah perjuangan ISLAM dan Insya Allah kita akan dapat merasa nikmatnya.
TERUS ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN *SIRRU A’LA BARAKATILLAH
Norzaiful Azri Zainuddin