Penyatuan PAS UMNO Dan BERSATU Selaras Dengan Sejarah Penghijrahan Muhajirin Dan Ansar Bagi Menegakkan Agama Islam

Penyatuan PAS UMNO Dan BERSATU Selaras Dengan Sejarah Penghijrahan Muhajirin Dan Ansar Bagi Menegakkan Agama Islam

Timbul rasa kagum dan hormah kepada kepimpinan PAS dan akar umbi mereka yang mengamalkan sikap terbuka dan sanggup menerima kehadiran BERSATU dalam Muafakat Nasional.

PAS antara parti yang sanggup ketepikan perbezaan politik.

Sanggup bergabung dengan mana-mana parti asalkan semuanya sepakat untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.

Masa PAS dan UMNO mahu membentuk Muafakat Nasional dulupun tujuan utamanya adalah untuk menyatukan orang Melayu, pemimpin Melayu dan mengangkat martabat Melayu dan Islam.

Oleh itu tidak salah untuk BERSATU menyertai Muafakat Nasional kerana BERSATU pun parti Melayu.

Penyatuan BERSATU bersama PAS dan UMNO boleh menstabilkan politik negara.

Sepatutnya selepas PRU14 dulu, rakyat dan pemimpin sepatutnya sudah sedar bahawa parti Melayu ini lemah.

HTML clipboard Kita mudah diserang oleh musuh Islam dan terbukti bahawa apabila bukan Melayu lebih ramai memegang kuasa, pelbagai ancaman ke atas hak orang Melayu, Islam dan menkucar-kacirkan negara.

Kuatnya Islam dan Melayu adalah disebab kita ada panduan Al-Quran dan Sunnah.

Apa yang penting sekarang ialah parti Melayu perlu bersatu padu dan menolak politik pecah belah.

Tidak mudah untuk bergabung apabila masing-masing ada ideologi yang berbeza.

Tetapi masing-masing perlu tunjukkan kematangan dalam berpolitik dan ketepikan keegoan.

Hayatilah sejarah Islam dimana penghijrahan Rasullullah SAW telah menyatupadukan kaum Muhajirin dan Ansar.

Disebabkan kepatuhan kepada Allah SWT dan Rasul SAW kaum muslimin dapat bersatu padu kerana masing-masing mengutamakan kepentingan agama Islam lebih dari kepentingan lain.

Semangat perpaduan seperti inilah yang semua orang kena belajar dan terjemahkan dalam kehidupan harian kita.

Sebagai pemimpin, kita seharusnya memimpin rakyat supaya sama-sama menyokong penyatuan ini.

Tidak dinafikan masih ramai lagi penyokong UMNO dan sesetengah pemimpin masih lagi tidak boleh terima kalau BERSATU mahu bergabung dalam Muafakat Nasional.

Ada yang memerli, ada yang mengungkit dan ada yang berpatah arang dengan penyatuan ini.

Tetapi kalau penyatuan ini boleh memberi kebaikan untuk masa depan, dimanakah salahnya.

Cukup-cukuplah berpolitik sampai berpecah belah, berpolitik demi kepentingan diri.

Tetapi berpolitiklah secara matang dan selamatkan agama, bangsa dan negara.

 

Politik