RM200,000 Diperuntukkan Untuk Membaiki Dua Set Generator Di Pulau Kapas

RM200,000 Diperuntukkan Untuk Membaiki Dua Set Generator Di Pulau Kapas

Petang tadi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat, Ustaz Ariffin Deraman bersama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Yang Berhormat Dr.Mamad bin Puteh ke Pulau Kapas bagi meninjau masalah gangguan bekalan elektrik yang terputus pada malam Sabtu lepas.

Beberapa pengusaha resort dan chalet dilaporkan mendakwa mereka terpaksa membatalkan tempahan bilik penginapan dan memulangkan bayaran kepada pengunjung kerana masalah gangguan bekalan elektrik yang kritikal.

Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM200,000 untuk membaiki dua set generator di Pulau Kapas yang dijangka dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah gangguan bekalan elektrik di situ dalam tempoh empat minggu lagi.

Pelancongan