Saya anak Dusun Lotud berasal dari Tuaran.
Suami saya Mohd Aminuddin, Dusun Tindal dari Kota Belud.
Saya dan Suami memeluk Islam pada 13 Jun 1982.
Kami menjadi ahli PAS sejak tahun 1989.
Menerusi PAS kami belajar mengenal Ilmu-ilmu Islam lewat Usrah, Tamrin, Muqayyam, Liqa Fikri, dan seterusnya Kursus ILHAM.
Parti PAS bukan Parti yang Rasis atau Perkauman.
Buktinya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) telah ditubuhkan untuk saudara-saudara dari berbagai bangsa yang ingin bersama-sama memperjuangkan Misi Kehidupan yang Sejahtera untuk Semua Rakyat Malaysia.
Dalam keluarga kami, terhimpun ipar duai dan menantu dari berbagai Bangsa atau Sukukaum Kadazan, Dusun, Jawa, Bugis, Irranun, Melayu, dan Berunai.
Walaupun kami dibesarkan dari pelbagai budaya dan didikan namun Islam telah menyatukan kami dari segi Akidah dan persaudaraan.
Alhamdulillah. Kami tetap hidup aman, harmoni dan penuh dengan kasih sayang.
In shaa-Allah menerusi PAS Sabah kami akan terus menyebarkan Misi Kasih Sayang dan rasa Persaudaraan menerusi program-program Dakwah dan Kebajikan.
Semoga kita dapat mengukuhkan Silaturrahim dan rasa Kemanusiaan sesama Insan ciptaan ALLAH.
Suzie Faizah Antong
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3493931613984982&id=100001045347228