Foto ‘Mowgli Malaysia’ Menang Lagi!

Foto ‘Mowgli Malaysia’ Menang Lagi!

Nama Syukur Khamis bukan lagi asiing dalam kalangan peminat fotografi di Malaysia apabila remaja berusia 15 tahun itu pernah menjadi subjek utama bagi sekeping gambar yang diangkat sebagai Imej Asia 2018 oleh Asian Geographic, bagi kategori Jalanan/Orang Terbaik.

Foto memaparkan Syukur Khamis atau nama sebenarnya Muhammad Syukur Khamis yang begitu mesra dengan sekumpulan kerbau, juga haiwan-haiwan lain membuatkan anak muda ini digelar sebagai ‘Mowgli Malaysia’.

Puluhan atau mungkin ratusan jurugambar tempatan dan antarabangsa telah merakamkan gambar-gambarnya yang fotogenik dengan aksii cukup uniik.

Terbaharu, seorang jurugambar tempatan bertuah apabila foto yang merakamkan aksii remaja lelaki itu bersama seekor kerbau sekali lagi terpilih sebagai pemenang pertandingan peringkat Asia, bulanan, bagi Ogos 2020.

Diangkat sebagai Imej Asia 2020 untuk bulan lalu oleh Asian Geographic bagi katgeori Oang/Jalanan, foto itu menyaksikan Syukur Khamis berbaring di atas seekor kerbau yang juga sedang terbaring dengan reaksii yang sarat dengan kisah serta emosi, berlatarkan sekumpulan kerbau lain.

Bercakap kepada mStar, jurugambar berkenaan, Yusuf Madi berkata, dia bersyukur dan gembira kerana gambar yang merakamkan aksi model remaja itu terpilih sebagai pemenang bulanan bagi salah satu kategori yang disertainya.

Pemuda berusia 29 tahun itu sama sekali tidak menyangka percubaan pertamanya pada tahun ini membuahkan hasil, kerana bukan satu tetapi tiga gambarnya dipilih sebagai pemenang bulanan oleh Asian Geographic.

“Selain gambar Syukur Khamis, foto yang saya rakamkan di Cameron Highlands terpilih untuk Ogos 2020 bagi kategori Lanskap oleh Asian Geographic.

“Gambar ketiga adalah foto di puncak Gunung Kinabalu yang dipilih oleh Asian Geographic untuk Jun 2020 juga bagi kategori Lanskap, ” katanya kepada mStar.

Ketiga-tiga gambar hasil karya jurugambar yang dibesarkan di Ampang, Selangor itu bertajuk ‘Kid and Buffalo’ (Syukur Khamis), ‘Morning Mist at Tea Farm’ (Cameron Highlands) dan ‘The land above the cloud’ (Gunung Kinabalu).

Berkongsi kisah pertemuannya dengan Syukur Khamis, Yusuf pada awalnya menyertai satu kelas fotografi selama dua hari melibatkan peserta dari seluruh Malaysia di Kuala Terengganu di Terengganu, pada Mac lalu.

“Kemudian dalam kunjungan itu juga telah dirancang awal atas permintaan sekumpulan peserta untuk mengadakan sesi fotografi melibatkan Syukur juga di Kuala Terengganu

“Jadi saya kat sana lebih banyak bermain dengan kerbau-kerbau berbanding ambil gambar kerbau sebab saya beri peluang kepada jurugambar-jurugambar lain,” katanya yang menceburkan diri dalam bidang fotografi sejak 2015.

Yusuf yang kini menetap di Kuala Terengganu bagaimanapun tidak menyangka dalam beberapa foto Syukur yang dirakamkannya, dia tergerak hati untuk mencuba nasib menghantar penyertaan.

“Seperti gambar Syukur dan kerbau, kedua-duanya memandang tepat ke arah lensa kamera dengan emosii yang sama. Syukur bukan berlakon, memang ikhlas.

“Saya juga sukakan binatang tapi saya jealous dengan Syukur Khamis sebab dia ada anugerah yang membuatkan banyak binatang sukakan dia, macam ada bond yang sangat kuat,” katanya.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, sudah menjadi hasratnya untuk merakamkan gambar-gambar bercirikan Malaysia bagi menaikkan nama negara.

“Ada kira-kira tujuh kategori dan sejak Mac lalu saya hantar penyertaan untuk setiap kategori menjadikan jumlah keseluruhan ada kira-kira 35 penyertaan.

“Syukur Alhamdulillah, ada tiga foto terpilih untuk pemenang bulanan, dan diharapkan sekurang-kurangnya salah satu daripadanya dipilih untuk pemenang tahunan,” katanya.

MStar

Pelancongan