Kejohanan Silat Olahraga Tertutup Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM)

Kejohanan Silat Olahraga Tertutup Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM)

Majlis perasmian Kejohanan Silat Olahraga Tertutup Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) cawangan Terengganu di Dewan PPR Hiliran.

Majllis tersebut telah dirasmikan oleh Tang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Yahaya Ali.

Turut hadir ialah Setiausaha PESAKA, Fakhrul Azman Abu Bakar dan Bendahari, Ukasyah Hassan. Yahaya berkata:

“Saya sangat teruja melihat anak seusia empat tahun sudah pandai dalam dunia persilatan.”

“Apabila meningkat dewasa insha Allah mereka akan menjadi benih-benih baru yang akan mengorak langkah dalam dunia seni persilatan ini.”

“Ini merupakan satu perkembangan sangat baik seharusnya diberikan penghargaan kepada pihak yang menganjurkan program ini.

“Kita bukan nak tunjuk ‘gong’ dalam seni silat pada orang tapi skill kemahiran yang ada sekurang-kurangnya dapat mempertahankan diri apabila menghadapi saat kecemasan seperti diserang musuh,”katanya lagi.

Kegiatan seni silat ini menjadi satu perkara yang penting dan tersenarai dalam agenda hidup seharian serta tidak mahu anak-anak menghabiskan masa dengan perkara yang tak berfaedah seperti bersembang dan melepak.

Sukan