Pemuda PAS Dekati Anak Muda Dengan Liga Bola Sepak

Pemuda PAS Dekati Anak Muda Dengan Liga Bola Sepak

Pemuda PAS Cawangan Pujuk telah mengambil inisiatif membina hubungan bersama anak-anak muda dalam komunitinya.

Sehubungan itu, sempena kemerdekaan, pihaknya menganjurkan kejohanan bola sepak merdeka 7 sebelah telah diadakan di padang bola kampung tersebut, di sini kelmarin.

Adun Manir Ustaz Hilmi Dato’ Harun berkata, program tersebut menjadi ruang anak muda lebih mengenali PAS dan beriadah juga merupakan salah satu perkara yang dianjurkan oleh Islam.

“Melalui aktiviti ini, kita mahu masyarakat tahu bahawa PAS bukan hanya berpolitik sahaja.

“Kita juga mengajak anak muda beriadah dan bersukan bersama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penutup dan pembahagian hadiah kejohanan kepada para pemenang.

Sebanyak 8 pasukan bertanding dan kumpulan Korea johan diikuti Malaysia naib johan dan Jerman ditempat ke-3 dalam kejohanan liga berkenaan anjuran bersama Club Usrah Pujuk.

Sukan