Hari ini Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, YB Ahmad Amzad Hashim telah merasmikan Bengkel DRS Motorsport, Modenas Servis Plus Kuala Terengganu. Pusat servis ini merupakan cawangan servis motosikal Modenas yang pertama di Negeri Terengganu.
Pusat Mordenas Servis Plus ini dimiliki seorang anak muda yang juga seorang Doktor Gigi di Kuala Terengganu.
Antara perkhidmatan yang disediakan disini ialah servis, baikpulih dan perkhidmatan tayar untuk motosikal jenama tersebut.
“Selari dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan anak-anak muda dalam menceburi bidang keusahawanan, saya menyokong penuh dan berbangga dengan semangat yang ditunjukkan,” kata Amzad.
Semoga terus maju jaya!