Guthrie, sebuah syarikat British yang menguasai 60% ladang-ladang dalam negara kita.
Merampas Guthrie bermakna mengembalikan hak-hak perladangan kepada negara kita.
Ada sorang tokoh korporat yang pernah menjadi hero dalam serangan subuh (Dawn Raid) ke atas London, berjaya merampas Guthrie daripada British. Dawn Raid berjalan dalam masa 4 jam.
Setelah menyiapkan semua persediaan, serangan dimulakan sebaik sahaja pasaran saham London dibuka jam 9.00 pagi waktu London.
Strategi pembelian hampir berjaya untuk semua pegangan yang disasarkan.
Tetapi urusan dengan OCBC Bank gagal.
Bank tersebut enggan jual pegangan Guthrie kepada PNB (Malaysia).
Saat genting, jika Bursa London dapat detect pergerakan saham yang mencurigakan, pasti mereka akan respon dan menggagalkan pengambil alihan Guthrie.
Saat itu Dr Mahathir dan Tun Ismail hampir berputus asa.
Tetapi tokoh korporat kita yang turut terlibat dalam Dawn Raid ini tidak mahu mengaku kalah.
Serangan diteruskan oleh tokoh tersebut sehingga berjaya membeli daripada pegangan Kuwait.
Akhirnya Guthrie berjaya jatuh ke tangan Malaysia.
Tokoh korporat itu mampu membuat keputusan yang kritikal pada saat genting.
Bermakna dia ada potensi dan upaya untuk membuat keputusan menyelesaikan masalah secara teknikal, professional dan bertaraf korporat.
Tapi apabila tokoh korporat itu dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, beliau telah digulingkan dengan Langkah Kajang.
Mungkin Selangor tidak alami masalah bekalan air seteruk ini jika tokoh itu berjaya selesaikan apa yang dia mulakan. Sekian
Oleh: Dr Tanaka Mustafa