Pengangguran Zaman PAS Menjadi Kerajaan

Pengangguran Zaman PAS Menjadi Kerajaan

Dunia hari ini membincangkan perihal ekonomi pasca Covid19.

Maknanya seluruh dunia menerima bahawa impak Covid-19 ke atas ekonomi dunia sangat besar.

Bukan sahaja Malaysia, bahkan kuasa ekonomi dunia pun terjejas.

Kadar pengangguran dunia pun amat jelas meningkat.

Tiba-tiba disalahkan zaman PAS menjadi kerajaan sebagai sebab pengangguran meningkat.

Pengangguran meningkat mendadak kerana perlaksanaan PKP yang menyebabkan rakyat tidak dapat bekerja, dan pusat-pusat perniagaan terpaksa ditutup.

Sektor-sektor ekonomi yang terjejas terpaksa mengurangkan pekerja.

Ia adalah keterpaksaan yang dihadapi oleh rakyat akibat PKP bagi membendung penularan Covid-19.

Kemudian pakej-pakej rangsangan diumumkan bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas.

Kadar pengangguran sedikit pulih pada PKPP, kerana rakyat sudah mula boleh bekerja dan perniagaan mula beroperasi.

Namun ia tidaklah mampu memberikan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat secara tiba-tiba.

Tidak semudah laungan “Hari ini kita habis PKP, esok kita bagi pekerjaan kepada 1 juta rakyat”.

Negara Amerika jumlah penganggurannya lebih 40 juta orang.

Begitu juga negara-negara maju seperti Eropah, jumlah pengangguran turut meningkat.

Jika kegagalan mereka disebabkan PAS menjadi kerajaan, pastilah mereka akan membuat tuntutan saman ke atas Malaysia kerana membenarkan PAS memerintah. Gurau saja.

Ketika orang membincangkan ekonomi pasca Covid-19, ada orang duk gigih bincang bab ekonomi pasca PAS menjadi kerajaan.

Tak apa lah.

Sebagai peringatan kepada PAS agar terus bekerja keras mengurus tadbir dengan baik.

Jangan hanya selesa mendapat GLC tetapi performance ke-laut.

Usaha yang terpaksa PAS dan PN gembeling adalah 20 kali lebih kuat berbanding zaman sebelum Covid-19.

Semua orang tahu, termasuk para blamers.

Tapi tak apa, blamers will always blaming. Sifatnya begitu.

So far, yang orang kata selesa tu bukan sebab PAS atau PN memerintah.

Depa kata selesa sebab PH dan DAP tumbang. Itu saja.

Nak kata selesa sebab PAS tu mungkin orang PAS saja, tapi orang UMNO belum tentu selesa.

Orang MCA belum tentu selesa.

Orang AMANAH lagi laa tak selesa.

Sakit hati lagi ada laa.

Apa pun, satu juta pengangguran ini perlu diambil serius oleh kerajaan.

Kerajaan jangan pandang enteng walaupun teguran itu berbentuk sindiran, troll dan tekanan daripada pembangkang.

Sebolehnya, headline akhbar perlu report jumlah pengangguran ini setiap bulan.

Biar jadi wake up call kepada kerajaan.

Biar jadi peluru besar untuk pembangkang bedil kerajaan pun tak apa.

Saya pun nak tumpang bedil kalau setiap bulan laporan pengangguran meningkat.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Isu Semasa