Ruang Pekerjaan Kepada Warga Tempatan

Ruang Pekerjaan Kepada Warga Tempatan

Hikmah Covid-19 antaranya ialah membuka ruang untuk warga tempatan terlibat dalam pekerjaan di ladang sawit bagi menggantikan warga asing.

Menurut YB Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali satu perbincangan telah dibuat dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi menarik Orang Asal bekerja di ladang dengan latihan diberikan oleh Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC).

Syarikat agensi pekerjaan juga dijemput membantu Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mempromosi pekerjaan di ladang kepada warga tempatan.

Pendapatan sebagai pengait buah sawit boleh memberi pulangan sehingga RM3k sebulan dengan kediaman disediakan.

“Dalam keadaan harga buah tandan segar sawit (BTS) sekarang telah meningkat kepada lebih daripada RM600 pertan berbanding sebelumnya sekitar RM300 sahaja,” kata Khairuddin.

Syarikat perladangan dan pekebun kecil boleh dan mampu menggaji warga tempatan untuk bekerja berbanding warga asing.

Ekonomi