Kampung Budaya Terengganu di Losong di sini yang beroperasi mulai hari ini menjadi tarikan pelancongan terbaharu negeri Terengganu.
Kampung Budaya Terengganu yang terletak bersebelahan Muzium Negeri Terengganu telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kampung Budaya Terengganu berkonsepkan muzium hidup yang menonjolkan kesemua kesenian, kebudayaan dan warisan tradisional terdapat di lapan daerah di negeri Terengganu.
“Pakej berkonsep pelancongan warisan ini menyediakan tujuh segmen termasuk seni bina lima rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Istana Tengku Long, Rumah Tele, Rumah Limas Belanda, Rumah Bujang Berkembar dan Rumah Bujang berserambi Selasar,” katanya selepas merasmikan Kampung Budaya Terengganu di sini hari ini.
Ahmad Samsuri berkata, antara tarikan yang terdapat di Kampung Budaya Terengganu tersebut ialah demonstrasi pembuatan perahu, jala, keropok, ikan kering, seni khat, bubur Asyura, keris, lembing, wau, gasing, batik dan songket.
Beliau berkata, pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan silat, gamelan, berzanji dan menikmati makanan dan kuih tradisional Terengganu.
Menurut Faris Jamalludin dalam The Patriots, di Korea dan Jepun, mesti ada tempat pelancongan yang menunjukkan keadaan kampung asal dengan budaya setempat penduduk di sana.
Mereka juga menunjukkan kehidupan para petani yang tanam padi dengan rumah yang dibina dengan pertukangan tempatan dan termasuk menadakan pesta dan festival kebudayaan sendiri.
Kalau di Seoul, di tengah-tengah kota yang moden, terdapat kampung tradisi Bukchon Hanok.
Orang ramai boleh melihat rupa bentuk perbandaran tradisi Korea yang berusia lebih 600 tahun.
Jika di Jepun ada banyak pusat-pusat budaya tradiri khusus dalam rupa bentuk kampung.
Antaranya ialah Shirakawa-go, sebuah kampung yang ditinggalkan dan dijadikan pusat pelancongan.
Di negeri Terengganu sendiri begitu banyak reka bentuk rumah tradisional yang patut di jadikan tarikan pelancong.
Terdapat rumah dan istana dengan cara pembinaan yang begitu unik.
Kampung budaya ini seharusnya di manfaatkan sepenuhnya untuk mengekalkan budaya Melayu.
Tempat-tempat begini seharusnya dimanfaatkan oleh pengiat industri seni untuk dijadikan lokasi lakunan.
Pada penghematan saya, apa yang lebih unik adalah pada majlis perasmian Kampung Budaya Terengganu itu sendiri.
Pada kebiasaannya majlis begini para tetamu istimewa akan memakai baju batik sutera, tetapi dalam majlis ini para tetamu memakai baju batik tradisional negeri Terengganu iaitu baju batik terap.
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, YB Ustaz Ariffin bin Deraman kerana berjaya menghidupkan kembali kesenian dan kebudayaan negeri Terengganu.




