Norhidayah Roslan merupakan ibu tunggal kepada seorang anak dan tinggal menyewa di Lorong Kemunting.
Berbekalkan kecekalan yang tinggi, beliau mengambil upah membuat dan menjual karipap bagi menampung keperluan kewangan keluarga.
Hidayah tidak dapat mengambil upah yang banyak kerana kekangan tenaga dan masa kerana beliau hanya membuat kuih karipap dengan cara tradisional.
Hari ini YB Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri Terengganu bersama Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ladang telah memberikan sumbangan mesin pengadun tepung dan juga peti sejuk beku kepada beliau.
“Harapan saya agar perniagaannya bertambah maju sekaligus meringankan beban yang ditanggung beliau, kata Tengku Hassan.