Hari ini YB Ustaz Sulaiman bin Sulong telah membuat lawatan ke pengkalan nelayan kecil Jambu Bongkok.
Beliau turut menyantuni masyarakat setempat kampung ini dan mencadangkan kepada komuniti di kampung ini supaya komuniti di sini dapat memainkan peranan dengan membuka gerai kecil-kecilan yang menjual makanan ringan seperti ikan celup tepung, pisang goreng, sotong celup tepung dan lain-lain produk tempatan lagi bagi menambahkan pendapatan mereka di samping menarik kedatangan pelancong.
Disamping itu beliau juga berjanji akan membina tandas awam di kawasan berkenaan tidak lama lagi.
“Saya dimaklumkan, bahawa setiap hujung minggu, ramai orang-orang luar dan tempatan yang datang berkunjung untuk menikmati keindahan di sepanjang pantai Jambu Bongkok ini,” kata Sulaiman.
Menurutnya lagi sudah beberapa buah syarikat filem dan drama yang memilih pantai ini sebagai destinasi lokasi lakonan mereka.
“Jika tak percaya, anda boleh datang rasai pengalaman dan lihatlah sendiri,” tambah beliau.