Penderitaan Puan Ruhamah sedikit terubat apabila mendapat perhatian dari ahli parlimen Kuala Nerus.
Puan Ruhamah Ibrahim, 55 yang menghidap stroke dan kencing manis kini berpeluang memiliki kerusi roda sendiri setelah mendapat perhatian daripada YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi ziarah prihatin yang diwakili Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin, Setiausaha Politik dan Ustaz Wan Yusrizal Wan Shafi’i, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Menurut Encik Rizuan Abdullah, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, permohonan akan diproses setelah syarat-syarat permohonan ditepati.
“Kami mendapati pemohon puan Ruhamah mencukupi syarat untuk memohon dan kami minta pemohon membuat pengesahan penyakit di klinik berdekatan untuk proses selanjutnya.”
Turut serta dalam ziarah tersebut Ustaz Zakaria Dagang, Pengarah MTD Dun Seberang Takir dan En. Amran Mat Zain, Pengerusi MPKK Kampung Baru Seberang Takir.