YB Haji Ahmad Amzad Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah menziarahi mangsa kebakaran dalam kawasan parlimen Kuala Terengganu hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Encik Zulkifli Daud di Kg Gong Nangka, Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu.
Kebakaran dimaklumkan berpunca daripada seorang anak OKU beliau.
“Sayu melihat keadaan rumah yang dijilat api sehingga 95% hangus dan beliau sekeluarga kini sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan mahupun pakaian,” kata Amzad.
Amzad juga menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.
Semoga Encik Zulkifli dan keluarga tabah dalam menghadapi ujian ini.
Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen akan sedia membantu sedaya mungkin dengan kerjasama MPKK yang berkaitan.
YB Ahmad Amzad Hashim juga merupa Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.




