Asia Tengah – Alam Cina.
Asia Barat – Alam Arab
Asia Selatan – Alam Chola
Asia Tenggara – Alam Melayu
Republik China menakluki semua negara Alam Cina di bawah satu ideologi Komunis.
Ada yang menentang.
Taiwan menentang, tubuh kerajaan sendiri.
Namun China masih mendakwa.
Hongkong menentang, hasilnya dapat autonomi – tapi masih cuba didakwa.
Mongol menentang, akhirnya China dapat Inner-Mongolia.
Tibet menentang, namun Dalai Lama ‘surrender’ akhirnya.
Uighyur menentang, masih terus ditekan.
Sekarang, seluruh taklukan China menyumbang kelebihan manpower kepada China.
Keilmuan, Ketenteraan, Ekonomi dan sebagainya telah membesar dan sedang menggugat kuasa Amerika dan Eropah.
Bagaimana kalau Alam Melayu disatukan sedemikian?
Tentu akan menjadi kuasa besar ekonomi, ketenteraan dan keilmuan.
Dari sudut geografi dan geopolitik, Asia Tenggara lebih memberi Fortuna kepada Alam Melayu untuk menjadi kuasa besar.
Georafi kepulauan boleh menjadikan Alam Melayu kuasa besar Armada Laut.
Jalan perdagangan dunia melalui Laut China Selatan dan Selat Melaka boleh menjadikan ekonomi berkembang pesat.
Masalah Alam Melayu adalah generasinya sudah lupa sejarah sebagai akar kekuatan sesebuah bangsa.
Bangsa yang gagah dahulunya dengan kerajaan Maritim dan Agraria, menguasai armada laut dan kekuatan darat, bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dalam komunikasi dan keilmuan – hari ini menjadi inferiority complex.
Sehingga apabila disebut pasal Melayu, soalan yang timbul adalah ada apa dengan Melayu?
Bangsa Pemalas?
Berapa sen nilai Melayu di akhirat?
Bangsa Turki, berbangga dengan sejarah mereka.
Drama dan Filem berlatar-belakang sejarah menjadi laris dalam kalangan rakyat mereka.
Bahkan mereka bangga memasarkan produk sejarah mereka kepada dunia.
Mereka mahu bangsa Turki kembali menjadi hebat sebagaimana nenek moyang mereka.
China?
Tentu tidak dapat dinafikan kecemerlangan mereka menonjolkan elemen sejarah kepahlawanan bangsa mereka kepada generasi muda mereka.
Bangsa China pernah rasa inferior kepada penjajah Inggeris, namun mereka bangkitkan kembali kekuatan bangsa mereka – dimulai dengan penggarapan ilmu sejarah kehebatan bangsa mereka kepada anak-anak mereka, melalui penceritaan, pengkajian, perfileman dan sebagainya.
Mereka berjaya membuatkan rasa inferior itu hilang, dan hari ini mereka bercita-cita menguasai dunia – melalui jalan ekonomi.
Salahkah mahu bangsa sendiri menjadi hebat dan bercita-cita menjadi hebat?
Tentu tidak.
Sebagaimana nilai sen tidak ada pada bangsa Cina dan Turki di akhirat, begitu juga bangsa Melayu, tidak bernilai satu sen pun di akhirat.
Apabila sesuatu bangsa itu gah dari sudut maruah, kekuatan, keilmuan, ekonomi dan sebagainya, bangsa itu akan dihormati.
Pandangannya akan bernilai, gaya hidupnya akan menjadi benchmark, budayanya akan ditiru dan sebagainya.
Tidakkah itu bagus untuk menjadi kekuatan bangsa itu untuk berdakwah membawa risalah?
Nabi Muhammad diutus daripada keluarga besar Quraisy – keluarga yang terhormat daripada kalangan bangsa Arab di Mekah.
Daripada Quraisy itu pula Nabi dilahirkan dalam kalangan Bani Hashim, keluarga yang dipandang tinggi dalam kalangan Quraisy.
Walhal, Quraisy berapa sen sangat di akhirat?
Umat Melayu nak berdakwah dalam keadaan inferiority complex yang masih tebal?
Tak boleh kah?
Boleh saja, tapi impaknya kecil.
Mudah kena kitai dengan orang.
Alaahh… tengok pada isu kebun haram di Raub dan kilang haram di Selangor pun kita dah boleh nilai tahap inferiornya umat kita.
Sebab itu muallaf yang masuk Islam selalu tanya, kenapa orang Melayu tak berdakwah kepada mereka dan keluarga mereka?
Antara sebab yang jarang orang sebut adalah disebabkan inferiority complex.
Apabila kita rasa inferior, secara automatik orang lain akan rasa superior terhadap kita.
Sekian
Oleh: Dr Tanaka Mustafa