Alhamdulillah, YB Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia telah selamat menjalani rawatan pagi tadi.
Pakar Urologi, Dr Mohd Afzal Farikhullah Khan melaksanakan prosedur mengeluarkan JJ Stent dari buah pinggang ke pundi kencing dan ‘menembak’ laser pada batu karang untuk menghancurkan dan menariknya keluar sampai habis dari buah pinggang.
“Agak besar juga dari video yang ditunjukkan kepada saya,” kata Amzad.
Sebentar tadi Dr Afzal telah melawat Amzad di wad untuk rawatan susulan.
“Sebagai pakar bedah saya tahu YB ada ramai yang doakan.”
“Kerana prosedur ini sangat sukar dan rumit.”
“Tetapi Allah SWT mempermudah saya dan pasukan saya.”
“Saya benar-benar perhatikan perbezaannya,” kata Dr Afzal.
Ahmad Amzad juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan beliau.
“Saya baca kesemua komen dari begitu ramai yang mendoakan keselamatan dan kesembuhan saya melalui FB, Whatsapp, Telegram, Tweet dan Instagram.”
“Semoga Allah SWT kurniakan rahmat kepada semua,” tambah Amzad lagi.
Sambil berseloroh Amzad memberitahu mungkin sebab solat subuh 2 kali pagi tadi.
Kali pertama saya baca rakaat pertama surah sajadah sampai habis, sujud sejadah tapi masa sujud, saluran air dari tube air drip yang digantung pada stand terlalu tinggi, masa sujud tangan tergantung tak sentuh sejadah.”
“Tak cukup panjang.
“Tapi saya habiskan juga sampai salam.”
“Lepas tu teringat, sesudah wuduk saya terlupa tayamum (tangan kanan saya yang banyak tak sampai air wuduk kerana tampalan plaster tempat saluran masuk air).”
“Jadi saya tak puas hati.”
Saya tayamum balik, wuduk masih ada, saya rendahkan sikit stand utk sangkut bekas air masuk drip supaya bila sujud tangan boleh bersentuh lantai sajdah.”
“Jadi solat kali ke dua, rakaat pertama saya baca surah sajadah sampai habis, sujud sajadah dan pada rakaat kedua saya baca surah As Saff sampai habis kerana surah itu sentiasa jadi inspirasi perjuangan saya,” kata Amzad.
Ahmad Amzad berharap dapat pulang ke Terengganu esok dan dapat turut serta Muktamar Agong PAS secara webinar di Seri Iman bersama perwakilan lain.
Dan pagi 14hb September Amzad akan berada di Dewan Negara, Parlimen Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawab melakukan penggulungan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi untuk perkara yang dibangkitkan di Dewan Negara berkaitan MOSTI.
Sama-samalah kita doakan semoga YB Ahmad Amzad segera sembuh dan dapat menyambung tugas seperti biasa.
Ahmad Amzad Hashim juga ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
