Ketika beberapa orang pimpinan PAS keluar meninggalkan PAS ada orang berkata PAS RUGI kerana kehilangan sekumpulan profesional yang sekiranya mereka terus berada dalam PAS, maka PAS akan dilihat hebat.
Lalu ramai yang menyalahkan perwakilan muktamar kerana menolak mereka.
Betulkah PAS rugi?
Ketika PAS mengambil keputusan tidak menerima pelawaan Pakatan Harapan (PH) untuk bersama mereka, ramai jugak yang berkata PAS RUGI, lebih-lebih lagi bila PH berjaya menjadi kerajaan selepas PRU 14.
Betulkah PAS rugi?
Ketika PAS membuat keputusan membentuk Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO, ada yang berkata PAS RUGI kerana bergabung dengan parti yang dah kalah.
Betulkah PAS rugi?
Bila PAS beri laluan kepada parti-parti komponen Perikaan Nasional (PN) di Sabah untuk bertanding dalam pilihan raya negeri nanti, ada yang berkata PAS RUGI.
Betulkah PAS akan rugi?
Kata Ulamak: “Jika kamu tidak dapat memahami takdir Allah yang sedang dan akan berlaku maka cubalah memahami takdir Allah yang telah berlaku.”
Bila saya mengajak ahli PAS walak kepada keputusan pimpinan dan jamaah tidak bermakna saya tidak kecewa bila PAS tidak diberikan keadilan dalam pengagihan kerusi-kerusi itu.
Semacam jasa PAS dalam MN dan PN langsung tak dihargai.
Saya bukan tidak sedih dan tidak kecewa tetapi kekecewaan itu jauh lebih kecil berbanding rasa sayang saya kepada jamaah dan pimpinan khususnya Presiden.
Kalau keputusan belum dibuat saya adalah sebahagian daripada pihak yg menuntut PAS diberikan kerusi secara adil.
Saya penuh yakin PAS tidak akan rugi dengan keputusan dan takdir ini.
Janji Allah sentiasa benar, cumanya kita sebagai hamba selalu tidak sabar.
(كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تَكۡرَهُوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ خَیۡرࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ شَرࣱّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ)
“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Surah Al-Baqarah 216
Tubuh berpeluh dipanah suria
Pulang kerumah menjamu selera
Jangan mengeluh dengan takdir-Nya
Kebaikan hikmah pastinya ada.
Ustaz Mokhtar Senik