Cadangan Dasar Kedua Jangka Masa Sederhana-Panjang Pemuda PAS Untuk Mengurangkan Pengangguran

Cadangan Dasar Kedua Jangka Masa Sederhana-Panjang Pemuda PAS Untuk Mengurangkan Pengangguran

Penaiktarafan Sektor Pendidikan Teknikal & Vokasional

Sektor pendidikan teknikal dan vokasional harus dinaiktaraf agar setara dengan aliran perdana yang lain.

Stigma negatif yang meletakkan lulusan teknikal dan vokasional sebagai kelas kedua harus dibuang dengan menjadikan konten kurikulum aliran ini kompetitif dengan aliran STEM.

Elemen kemahiran tinggi berasaskan teknologi maju yang selaras dengan cabaran Revolusi Industri 4.0 termasuklah kecerdikan buatan, robotik & automasi harus dimasukkan agar graduan aliran ini dilihat sebagai pemain penting dalam melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi.

Kepentingan pendidikan teknikal dan vokasional ini dibuktikan lagi dengan kajian Khazanah Research Institute (KRI) yang menyebut bahawa majoriti pekerja belia sendiri (20%) yang menyatakan TVET (pendidikan teknikal & vokasional) adalah syarat penting untuk mereka diambil bekerja.

Aspek penawaran gaji graduan TVET yang dilihat jauh lebih rendah berbanding graduan universiti juga perlu dikaji semula agar lebih ramai pelajar melihat potensi aliran ini dengan lebih positif.

Dapatan KRI yang menunjukkan gaji purata graduan TVET yang hanya RM1,270 sebulan berbanding graduan universiti yang berada sekitar RM1,703 sebulan adalah sesuatu yang perlu dinilai semula agar nilai ekonomi sebenar aliran teknikal dan vokasional yang merupakan teras operasi sesebuah industri dapat direalisasikan.

Ekonomi