Hukum Menangis Sebelum Kematian

Hukum Menangis Sebelum Kematian

SOALAN:

Saya ingin tahu apakah hukumnya kaum keluarga menangis sebelum berlaku kematian di sisi mazhab yang empat?

JAWAPAN:

Tersebut pada Kitab Ikhtilaful A’immatul Ulamak:

وَاخْتلفُوا فِي كَرَاهِيَة الْبكاء على الْمَيِّت قبل الْمَوْت وَبعده.
فَقَالَ الشَّافِعِي: يجوز قبل الْمَوْت وَيكرهُ بعده.
وَقَالَ الْبَاقُونَ: لَا يكره قبل الْمَوْت وَلَا بعده.

Artinya: “Dan telah bersalahan ulamak pada dimakruhkan menangis atas mayat sebelum mati dan selepas matinya. Maka telah berkata ulamak mazhab Syafie harus menangis sebelum kematian dan dimakruhkan menangis selepas matinya. Dan berkata ulamak yang lain tidak dimakruhkan menangis sebelum kematian dan tidak makruh selepas matinya.”

Perlu diketahui maksud menangis yang diharuskan pada masalah ini ialah mengeluarkan air mata kerana kesedihan.

Ada pun berteriak yaitu menangis dalam keadaan mengangkat suara maka hukumnya adalah haram bukan lagi harus atau makruh kerana dilarang oleh Rasulullah saw.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Soal Jawab