Anda tahu mengapa saya sering mengutuk Pakatan lebih daripada BN?
Ini kerana Pakatan melupakan sejarah mengikut kehendak mereka sendiri.
Benda yang memang BN buat salah dulu, Pakatan akan kata salah masa tu.
Tapi bila mereka telah diberikan amanah dan kuasa untuk memperbaiki kesalahan itu dan mereka gagal menangani isu itu, mereka tukar cerita dan cari orang lain untuk menjadi kambing hitam.
Contoh pertama, Charles Santiago minta Menteri Perikatan letak jawatan kalau kerajaan pusat tak saman kilang yang buat pencemaran. (1)
Lepas tu MB Selangor kata AG tak pernah ambil tindakan terhadap kilang.
Ini AG kata Selangor tak pernah beritahu pejabat AG pun kes denda sebelumnya. (2)
Dan cerita macam ni memang perkara biasa.
Pada 25 Julai 2019, Charles Santiago selaku pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kata gangguan bekalan air yang kerap berlaku di Selangor adalah kerana “Kegagalan pengurusan terdahulu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) melakukan kerja penyelenggaraan berterusan sejak sekian lama merupakan antara faktor menjadi penyumbang berlakunya gangguan air terbaharu di Lembah Klang.”
“Memandangkan kerja penyelenggaraan tidak menjadi budaya utama yang diamalkan negara, maka mesin-mesin ini berhadapan pelbagai masalah,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today hari ini.
Santiago turut menuding jari kepada kelemahan penguatkuasaan agensi kerajaan serta kelemahan pelaksanaan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Kita perlu fikir semula cara menguruskan sumber air negara dengan baik,” katanya. (3)
Tapi itu bukan ceritanya tahun 2006.
Saya pernah tulis cerita ni dalam Bahasa Inggeris.
Masa 2006 dulu, saya masih kerja sebagai wartawan dan mengikuti Charles Santiago yang pergi merata tempat di bawah NGO Coalition Against Water Privatisation (CAWP) dan beliau menceritakan bagaimana kerajaan BN Selangor dan Syabas gagal penduduk Selangor.
Saya masih ingat bagaimana Charles akan naik pentas dan sebelum dia mulakan ceritanya, dia akan buka jam tangan dia dan letak atas meja, sebab itu cara dia rasa lebih senang bila dia bagi syarahan sebagai seorang guru masa tu.
Charles dengan beberapa orang individu akan saman kerajaan Selangor pada 2012 untuk memaksa kerajaan Selangor mendedahkan kontrak konsesi air. (4)
Masa saya tulis cerita ini untuk The Star pada 2006, editor-in-chief The Star Wong Sulong panggil saya ke pejabatnya.
Dia marah saya setengah jam kerana menulis cerita tu walaupun saya hanya ikut arahan buat liputan.
Cerita yang saya tulis itu tidak diterbitkan.
Sudah lama peristiwa ini berlaku tapi saya masih ingat apa yang Charles ceritakan kepada penduduk Petaling Jaya masa tu di Universiti Malaya, dan ianya lain daripada apa yang dia sebagai pengerusi SPAN masa tu ceritakan.
Cerita Charles dulu masih menyalahkan BN, tapi logiknya bukan semata-mata nak salahkan Syabas gagal buat penyelenggaraan tetapi memberitahu sebabnya kenapa Syabas gagal melaksanakan penyelenggaraan itu dengan sempurna.
– sistem rawatan air Selangor dibawah pentadbiran kerajaan Selangor sepenuhnya sebelum 1996.
Keuntungan dari penjualan air yang dirawat akan digunakan untuk menyelenggara dan menukarkan paip lama.
– tahun 1996, sistem rawatan air ini akan dibahagikan kepada Syabas dan beberapa syarikat peribadi.
Bahagian rawatan air (di mana keuntungan dijanakan) akan diberikan kepada empat syarikat peribadi manakala Syabas diberikan kerja menyelenggara dan menukar paip lama.
– sebab tiada keuntungan yang dapat dijanakan dalam penukaran paip lama, Syabas pula tidak cukup dana untuk menjalankan kerjanya dengan sempurna.
Charles Santiago masa tu memang nak kontrak penswastaan itu dibatalkan dan sistem rawatan air diletakkan di bawah kerajaan Selangor semula kerana air adalah hak asasi untuk setiap insan dan ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat bekalan air.
Dan itu adalah apa yang Khalid Ibrahim cuba buat masa dia nak membeli balik loji rawatan air.
Tapi PKR bukan saja buang Khalid Ibrahim sebagai MB, mereka juga melambatkan pembelian loji rawatan air yang terakhir sehingga selepas PRU14.
Kerja penyelenggaraan dan menukar paip lama ini boleh dibuat lebih awal pada 2014 sekiranya Pakatan tidak main politik yang jijik dan bodoh seperti Langkah Kajang, pemecatan Khalid Ibrahim sebagai MB dan penangguhan pembelian loji rawatan air terakhir itu.
Ya, memang masalah bekalan air ini dimulakan oleh BN, tapi Pakatan juga tak mampu menyelesaikan masalah tu sebab politik mereka busuk.
Bonus baca – Khalid Ibrahim: Mengapa perjanjian air Selangor adalah pengkhianatan terhadap rakyat:
1. Tuduh pelaku di sebalik pencemaran Sg Selangor dalam sebulan atau letak jawatan, Ahli Parlimen Klang memberitahu menteri air
2. AG membantah dakwaan MB Selangor tidak ada tindakan yang diambil terhadap pesalah pencemaran air berulang
3. Krisis air: SPAN salahkan pengurusan Syabas dahulu
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/gangguan-air-span-salahkan-pengurusan-syabas-dahulu/
4. NGO Air untuk membawa Syabas ke mahkamah
Mak Khuin Weng – マク