Yang Berhormat Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Imam Dan Bilal bagi Masjid-Masjid Mukim Cawangan Kuala Terengganu kali ke-14 pada 8 Ogos 2020 (Sabtu) di Masjid Al Muttaqin, Kepong, Kuala Terengganu.
Dalam ucapan perasmian, YB Haji Ahmad Amzad menyentuh mengenai isu wabak Covid19 yang berlaku dan Malaysia merupakan negara yang berjaya membendung penularan wabak tersebut.
“Fokus utama kita memerintah adalah untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat terjamin tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik.”
“Kerajaan amat prihatin mengenai pembangunan islam khususnya di Terengganu, contohnya kita telah memperkenalkan satu โguidelineโ sukan yang patuh syariah, mengasingkan kedudukan lelaki dan perempuan dalam panggung wayang serta pematuhan-pematuhan syariah yang lain.”
Kredit: ๐ ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐น๐ถ๐บ๐ฒ๐ป ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ป๐

