Foto: Kursus Pengenalan Keusahawanan IBS Kenaf

Foto: Kursus Pengenalan Keusahawanan IBS Kenaf

Hari ini YB Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali telah menyampaikan ucapan perasmian bersempena Kursus Pengenalan Keusahawanan IBS Kenaf Negeri Terengganu.

Kursus tersbut telah diadakan di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu, Terengganu.

Dalam kursus tersebu banyak peluang-peluang baru dibuka oleh Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) dalam memperkenal dan memperkasakan tanaman kenaf negara.

“Kenaf berpotensi dalam menghasilkan pelbagai produk termasuk bahan binaan,” kata Khairuddin.

Beliau juga berkata bahawa bahan binaan yang dihasilkan kenaf lebih ringan, kukuh dan mudah dibentuk berbanding bahan yang lain.

“Satu usaha untuk mempromosikan bahan tersebut sedang giat dijalankan,” tambahnya lagi.

Turut hadir sama dalam program tersebut adalah YBrs. Tuan Haji Idris bin Mohd Salleh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Operasi).

Ekonomi