Ringkasan Ucaptama Ketua Dewan Pemuda Malaysia Sempena Muktamar DPPM Kali Ke-61

Ringkasan Ucaptama Ketua Dewan Pemuda Malaysia Sempena Muktamar DPPM Kali Ke-61

Hari ini Tuan Haji Ir Khairil Nizam Khiruddin memperkenalkan tema muktamar kali ini adalah Memimpin Negara.

Beliau memberitahu bahawa kita bermuktamar kali ini dalam keadaan kita memimpin negara.

Memimpin Negara ini adalah anugerah Allah kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau mengajak seluruh Pemuda dan ahli PAS berubah daripada kerangka minda pembangkang kepada minda Kerajaan.

Beliau turut menekankan bahawa ketidakstabilan politik menatijahkan ketidakstabilan pelabur kepada Negara.

Beliau mengulangi bahawa kelahiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggantikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah melalui pintu Istana bukan melalui pintu belakang.

PN juga menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang berbanding PH.

2 orang wira atau Panglima Negara menjadi peneraju tonggak keberhasilan dalam mengekang wabak covid-19 haruslah diberi penghormatan.

Justeru itu, lebih 96% rakyat memperoleh faedah daripada pakej PRIHATIN.

COVID-19 memberi kesan secara langsung kepada anak muda terutamanya peluang pekerjaan dan pekerjaan yang sedia ada.

Sekalipun begitu, COVID-19 mempunyai sisi positif yang membuka peluang kepada ekonomi digital yang mencatatkan peratus KDNK yang tinggi.

“Anak muda haruslah mengambil peluang ini semaksima mungkin.”

“Anak muda perlulah bersedia bukan sahaja mampu berada dipentas local malah pentas antarabangsa,” kata Khairil.

Beliau menambah lagi bahawa anak muda haruslah cakna dengan pebagai isu yang ada, seperti isu Laut China Selatan, Isu Aya Sophia menjadi Masjid, Isu ketidkstabilan politik di Yaman, Libya, Syria dan Bumi Palestin.

Perkara yang penting juga adalah memposisikan kepimpinan anak muda sedari awal lagi.

“Musuh sentiasa menanti masa untuk merobek kesatuan ini, oleh itu pemuda haruslah waspada terhadap musuh,” katanya lagi.

Ketua Pemuda PAS itu mengucapkan tahniah kepada Kerajaan PN Negeri Kedah.

Generasi Tajdid adalah generasi yang menjadi agen perpaduan ummah, generasi yang wala` dan thiqah kepada kepimpinan, generasi pemuda yang menjadi Rijaluddaulah, pemuda yang membawa agenda Islam sebagai teras memimpin Negara.

Pemuda juga adalah golongan ansorullah yang menjadikan tarbiah sebagai DNA pemuda PAS dan pemuda yang boleh menjadi wartawan dan pemberita parti dan kerajaan.

Beliau turut berpesanan kepada pemuda PAS agar sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya dan para pemuda haruslah melengkapkan diri dengan segala kelengkapan, ‘’rujuk Al-Anfal’’.

Ketua Pemuda PAS juga mengingatkan kepada pemuda PAS bahawa rakyat sedang memerhati kekuatan PASdan berharap dengan izin Allah S.W.T, rakyat akan beri lebih banyak lagi peluang kepada PAS dalam memimpin Negara.

Dalam kesempatan ini, Ketua Pemuda PAS juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan PN negeri Kedah.

Politik