Pada tahun 2018, selepas tamatnya PRU 14, saya menyertai PARTI AMANAH, kerana pada masa itu saya ingin menyertai satu parti politik yang dekat dengan agama Islam.
Saya menyertai Parti AMANAH di Shah Alam.
Saya pun hadiri beberapa perjumpaan rasmi Amanah.
Walaupun Amanah sudah menjadi kerajaan pada masa itu, daripada mereka membantu rakyat, Amanah ini asyik kutuk DS Hadi Awang dan PAS je.
Saya pun rasa pelik dan saya mula bertanya-tanya kepada pegawai-pegawai tinggi AMANAH dan juga kepada menteri-menterinya:
Kenapa AMANAH takut sangat pada PAS?
PAS cuma jadi pembangkang masa itu.
Perbagai jawapan tak logik telah mereka berikan kepada saya.
Setelah saya juga ditipu hidup-hidup oleh Pegawai Amanah, saya mula berfikir tentang kejujuran AMANAH.
Jadi saya bernekad untuk berjumpa dengan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang untuk mengetahui kisah sebenar.
Saya terperanjat bila saya sampai di rumah DS Hadi Awang.
Rumahnya kecil, rumah papan sahaja.
Tidak ada pegawai polis di depan rumah.
Ada sebuah kereta proton wira yang tua di tempat parking kereta.
Di dalam rumahnya, hanya ada perabut-perabut yang biasa je.
Dulu AMANAH kata PAS ambil duit 90 juta dari UMNO, jadi kenapa Presiden PAS hanya tinggal di rumah papan?
Saya berborak dengan Dato’ Seri Hadi Awang mengenai tuduh-tuduhan AMANAH terhadapnya.
Pendek cerita AMANAH adalah sebuah Parti yang BUKAN ISLAM.
Mereka Parti Kaki Fitnah, Adik kepada Parti DAP.
Kepada ahli-ahli AMANAH, keluarlah dari Parti itu.
Mereka akan bawa anda ke Neraka Jahanam.
Kepada ahli-ahli Amanah yang sumpah setia, terpulang pada anda untuk hentam saya.
Ada aku kisah.
Murali Abdullah.
Bekas ahli Amanah (PAN)
Bekas Pengarah Telemovie