Pemuda Perlu Banyakkan Membaca

Pemuda Perlu Banyakkan Membaca

Barisan pemuda kena banyak membaca.

Bukan baca Facebook atau Twitter.

Tapi baca banyak buku-buku khazanah ilmu yang pelbagai.

Ilmu fardhu ‘ain kena mantap.

Ilmu sosial dan kemasyarakatan kena hadam.

Ilmu politik dan geopolitik kena banyak membaca dan faham.

Ilmu ekonomi kena ada basic.

Advance lagi bagus.

Ilmu mengurus organisasi, ilmu berucap depan khalayak, ilmu debat, ilmu meyakinkan orang, ilmu menyelasaikan masalah, ilmu diplomasi, ilmu perundingan dan sebagainya, kena kuasai.

Semua ilmu ini, jika memang bukan bidang yang anda belajar, anda boleh dapatkannya dengan banyak membaca.

Pengalaman itu penting.

Nak dapat banyak pengalaman, kena hidup lebih lama dan mengalami pelbagai situasi, mehnah dan tribulasi.

Tetapi untuk shortcut memperoleh pengalaman, adalah dengan banyaknya membaca.

Membaca karya orang-orang yang hebat dan melalui pengalaman-pengalaman tertentu.

Menjadi pemimpin pemuda tidak cukup hanya dengan semangat yang berkobar-kobar.

Jatidiri dan kebijaksanaan perlu dipupuk dan dibina.

Bacalah daripada pelbagai sumber bacaan.

Jika pening, rujuklah orang yang faham dan berpengalaman.

Tidak cukup dengan buku-buku pasal teori-teori ekonomi, sosial dan politik dalam Islam semata.

Bacalah juga daripada sumber-sumber sekularis, liberalis, sosialis dan sebagainya.

Kerana jika tidak mengenali jahiliyyah, dibimbangi akan terjerumus dalam jahiliyah.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Dalam Negeri