Dr. Amani Mendahului Finalis Lain Dari Seluruh Dunia Untuk Memenangi Anugerah Komuniti

Dr. Amani Mendahului Finalis Lain Dari Seluruh Dunia Untuk Memenangi Anugerah Komuniti

Malaysia amat berbangga dengan pencapaian Prof Madya Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim serta pasukannya dari syarikat pemula nanoSkunkWorkX Sdn. Bhd. yang kini mendahului finalis lain dari seluruh dunia untuk memenangi Anugerah Komuniti anjuran universiti berprestij Amerika (AS), Massachusetts Institute of Technology (MIT) – MIT Solve Challenge.

Sebagai seorang saintis yang pernah berkhidmat di agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) AS, Dr. Amani Salim dan pasukannya kini menerajui sebuah penyelesaian dengan menghasilkan Hybrid Rapid Test Kit dengan elemen teknologi nano bagi melakukan ujian saringan Covid-19 di mana-mana sahaja dengan mudah dan berkesan.

MIT Solve Challenge merupakan platform pemasaran bagi inovasi impak sosial dari seluruh dunia serta peluang untuk para usahawan teknologi mengembangkan potensi mereka.

Sehingga hantaran ini ditulis, pasukan Dr. Amani kini mendahului pasukan-pasukan lain untuk memenangi anugerah tersebut namun beliau dan pasukannya masih memerlukan undian anda semua bagi memastikan kejayaan mereka dengan baki beberapa hari lagi sebelum undian ditutup.

Undian boleh dibuat dengan mendaftar masuk di:

https://solve.mit.edu/challenges/health-security-pandemics/solutions

Anda juga boleh mengundi dengan mengimbas kod QR seperti yang disertakan di bawah.

Ayuh, berikan sokongan anda!

Teknologi