Saya kena marah bila saya tulis pekebun durian ni ada kelulusan separuh.
Saya kena marah juga bila saya cuba jelaskan tindakan undang-undang yang dibawa ke mahkamah oleh pihak SAMKA.
Tapi apa yang saya tak tulis secara jelas untuk kes ini ialah apa yang dilaporkan mengenai campur tangan SPRM sekarang.
“Siasatan atau penyiasatan SPRM harus didasarkan pada bukti.
Oleh kerana SPRM telah memanggil sekitar 50 pekebun, mereka mungkin benar-benar mencuba nasib untuk mengumpulkan bukti melalui siasatan besar-besaran … tindakan mereka nampaknya kurang profesional,”
Baca pernyataan itu.
“Pekebun Raub tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan, tetapi mengapa SPRM tidak pernah melakukan siasatan terhadap kami selama ini, hanya muncul ketika syarikat swasta (Royal Pahang Durian Resources-PKPP Sdn Bhd) ingin mengambil alih ladang durian yang tidak berlesen?
“Pekebun di sini didorong oleh kerajaan pada tahun 1970-an untuk mengusahakan tanah terbiar dan telah mengikuti prosedur, termasuk mengajukan permohonan kepada Pejabat Daerah dan Tanah, dan Jabatan Perhutanan untuk mendapatkan hak dan permit tanah,” katanya.
Samka memohon kepada SPRM untuk tidak mengganggu pekebun tanpa bukti yang kukuh, kerana tindakan tersebut bukan sahaja akan mempengaruhi kredibiliti SPRM, tetapi membahayakan rutin harian pekebun dan boleh mengakibatkan kerugian dari segi penuaian durian. (1)
Kenyataan SAMKA berpusing-pusing dan cuba memberi gambaran bahawa pekebun durian tak ada apa yang nak disembunyikan malahan tindakan SPRM untuk memulakan siasatan adalah satu taktik menindas pekebun.
Ini macam cara DAP menulis kenyataan mereka kan?
Bila pihak berkuasa nak masuk menyiasat, secara otomatik tindakan kerajaan itu penindasan.
Mereka menyoal kenapa SPRM tak siasat bertahun-tahun dulu dan baru nak siasat apabila Royal Pahang Durian Resources-PKPP Sdn Bhd nak ambil alih ladang durian tak berlesen.
Tapi itu adalah taktik ‘framing’ yang saya pernah mengajar dulu.
Matlamatnya adalah untuk mengalih perhatian orang ramai mengenai siasatan kepada syarikat yang nak ambil alih kebun durian itu dan bukannya bagaimana ladang durian ini dapat beroperasi begitu lama tanpa lesen.
Dari segi perundangan, pekebun durian sendiri telah mengaku di media bahawa mereka tidak berlesen.
Dan pekebun durian ini juga telah mengaku bahawa mereka telah beroperasi sekian lama tanpa diganggu oleh pihak berkuasa tempatan ataupun negeri.
Jadi pekebun durian semua pandai-pandai la cerita kepada SPRM nanti bagaimana kamu yang tidak berlesen boleh membuka tanah untuk dimajukan.
Kalau pekebun durian ceritakan siapa yang bagi kebenaran untuk buka tanah itu, maka orang tu akan dipanggil juga untuk siasatan lanjut.
Kalau pekebun durian kata mereka tak dapat kebenaran, segala tindakan undang-undang akan diambil ke atas pekebun itu saja. Senang.
Dan sekiranya anda prihatin dengan kenyataan mereka tu, mereka akan masuk temubual SPRM dengan seorang peguam.
Tetiba saja tindakan undang-undang mereka di mahkamah menjadi lebih rumit kerana mereka semua perlu menceritakan cerita yang sama sepanjang masa.
Dan sekiranya ada percanggahan fakta dengan temubual ini dengan apa yang dibentangkan di mahkamah nanti, lagi pening mereka semua.
Ini ialah akibatnya bila pekerjaan kamu tak begitu halal dari permulaan dan kamu cuba selesaikan masalah kamu dengan pertengkaran terbuka dan pihak ketiga terpaksa masuk campur.
Cerita ini tak ada kesudahan di mana pekebun durian ini akan ada ‘happy ending’.
Inilah yang berlaku apabila dua pencuri bertengkar di depan khalayak ramai mengenai siapa yang benar apabila jelas bahawa kedua-duanya salah mencuri sejak awal.
Peace
Mak Khuin Weng – マク
1. Raub durian kebuntuan: SPRM memanggil 50 petani untuk disoal siasat: